“Dugaan First Day Lepas Naik Cuti Dengan Anak Syurga OKU” – Isteri Ajak Shiro Dicakar Anak Murid

Mya Amri
Jun 13, 2019 10:00 MYT
Isteri pelawak Ajak Shiro, Afifah Amin berdepan dugaan ketiga menjaga anak muridnya yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU).
Menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya, Afifah memuat naik beberapa foto yang merakamkan bahagian tangannya yang seolah-olah dicakar.
Bagaimanapun kata Afifah, itulah antara cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh seorang guru ketika menjaga anak-anak istimewa.
“Dugaan first day lepas naik cuti dengan anak syurga OKU... Angin tak baik agaknya… Sekali-sekala kene jugak.
“Bak kata pendekar Mustar,’Kenapa x elak?’Macam mana nak elak, budak 2x lagi besau daripada cikgu,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-ratanya memuji kesabaran Afifah dan para guru yang terlibat menjaga anak-anak istimewa.
Terdahulu, Ajak telah berkahwin dengan Afifah dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Mohd Jad Thaqif, 9, Mohd Had Thaqif, 6, dan Nada Soffea, 4.
#Ajak Shiro #Afifah Amin