Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
LAMAN UTAMA

Dugaan Isteri Keguguran Di Bulan Ramadan, Diddy Dan Keluarga Sambut Syawal Di Luar Negara

Badrul Hashim 04/06/2019 | 03:21 MYT
Penyanyi dan pelakon kelahiran rancangan realiti Akademi Fantasia, Diddy Hirdy atau nama sebenarnya Syamsul Hirdy memberitahu isterinya keguguran pada bulan Ramadan.
"Isteri saya mengandung 12 minggu tetapi malangnya dia mengalami keguguran. Kami memang tak merancang kehamilan ini dan berserah dengan rezeki Allah," kata Diddy ketika dihubungi Gempak.
Menurut Diddy, semuanya berlaku ketika dia sedang sibuk menyiapkan penilaian tahunan bagi ijazah kedoktoran (PhD) di University of Liverpool, United Kingdom.
"Alhamdulillah saya berjaya melalui penilaian tersebut walaupun diduga dengan keguguran yang dialami isteri.
"Memang kusut juga fikiran bila diduga sebegini tapi Allah Maha Mengetahui dan perancangan-Nya pasti lebih baik," pasrah Diddy.
Ditanya mengenai sambutan Syawal, Diddy tidak berpeluang menyambut Aidilfitri di Malaysia seperti tahun-tahun sebelumnya.
"Tahun-tahun sebelum ini sempat juga saya sekeluarga balik ke Malaysia sebelum habis bulan Syawal tapi tahun ini Diddy kena siapkan kerja.
"Mungkin bila tamat pengajian PhD barulah berpeluang raya di Malaysia kerana saya akan bertugas di Pusat Pengajian Industri Kreatif dan Seni Persembahan di Universiti Utara Malaysia (UUM)," tambah Diddy.
Diddy juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Dekan pusat pengajian berkenaan, Dr. Ahmad Hisham Zainal Abidin kerana sentiasa memahami, memberi semangat dan dorongan sepanjangan pengajiaannya di United Kingdom.
"Selamat Hari Raya Aidilfitri serta maaf zahir dan batin kepada ahli keluarga, rakan taulan serta peminat yang masih mengingati," ucap Diddy buat semua.
Diddy yang berkahwin dengan Allen Nur Azah Musa dikurniakan dua orang cahaya mata.
Kredit Gambar: Instagram @diddyhirdy
#Penyanyi #Penyanyi #Diddy Hirdy #PhD