HIBURAN

Dugaan Ramadan, Sky Terlepas Sahur Gara-Gara … - “Maaf, Telefon Daddy Tak …”

Umirah Halim 15/03/2025 | 14:25 MYT
Pertama kali berpuasa tanpa isteri tercinta, suasana Ramadan kali ini agak berbeza buat pempengaruh dan usahawan Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Ridzuan Ridzokumura apabila perlu menguruskan anaknya Sky Taizo Okumura sendirian.

Alarm tak bunyi

Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram @Ridzokumura, Ridzuan meluahkan rasa kesal selepas terlajak tidur sehingga membuatkan anaknya Sky terlepas waktu bersahur.

Perkara tersebut difahamkan berlaku setelah bunyi penggera telefonnya gagal berfungsi.

“Kesian Sky terlepas bersahur, terlepas subuh. Maaf Sky telefon Daddy tak berbunyi,” tulisnya.

Pada hujung Februari lalu, Ridzuan memaklumkan isterinya meninggal dunia tanpa menjelaskan punca kematian.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 di Subang Jaya, Selangor, semalam.
Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.

BERITA TRENDING: Timbul Pelbagai Spekulasi, Ridzuan Ridzokumura Kongsi Kronologi Arwah Isteri Jatuh - “Tak Mungkin Akiko Nak Terjun”

BERITA TRENDING: Polis Sahkan Wanita Jepun Jatuh Dari Tingkat 4 Isteri Usahawan Dan Pempengaruh

BERITA TRENDING: Isteri Ridzuan Ridzokumura Meninggal Dunia

BERITA TRENDING: Zarina Zainuddin Ambil Alih Tugas Allahyarhamah Akiko, Sediakan Sahur Buat Sky

BERITA TRENDING: Emosi Sky Masih Belum Stabil, Ridzuan Ridzokumura Cuba Pulihkan Semangat Anak - “Setiap Hari Dia Menangis Ingat Mummy”

#Sahur #Ridzokumura #Akiko #Sky