Laman Utama
Duh! Atta Halilintar Difitnah Beli Roket Untuk Serang Israel
YouTuber popular Atta Halilintar menafikan tuduhan menyalurkan dana untuk membeli roket bagi tujuan menyerang negara Israel.
Jelas Atta, tindakan berkongsi maklumat tidak tepat itu boleh mengundang kepada perpecahan dan dirinya sendiri tidak pernah berniat untuk melakukakannya.
"Kenapa banyak berita fitnah, apa lagi ini? Sumbang dana roket? Niat pun tidak ada bang. Saya cinta damai, sayang keluarga.
Advertisement
"Saya di sini peduli untuk anak-anak Palestin yang masih kecil. Ramai antara mereka yang kehilangan orang tua bang. Ramai yang hidup dalam ketakutan bila mereka akan pergi bang… ramai memerlukan sekolah dan tempat tinggal.
"Semoga otak dipakai, bukan hanya untuk berasa paling pintar. Tapi gunakan hati untuk punya rasa kemanusiaan bang," katanya menerusi hantaran di Instagram.
Terdahulu, sebuah video dimuatnaik di YouTube oleh beberapa pengguna yang mendakwa Atta menyumbang sejumlah wang untuk membeli roket bagi menyerang negara tersebut.
Must-Watch Video