Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Duit Ada RM20 Untuk Beli Pampers & Tisu Basah Anak, Ayah Ini Dapat Pertolongan Insan Baik Hati

Zulaikha Yusof
18/11/2020 12:21 MYT
Seorang pengguna Facebook, Ismail Sabran Ancok berkongsi sebuah kisah yang menyentuh hati ramai orang.

Menurutnya, dia terjumpa seorang lelaki yang ingin membeli tujuh keping lampin pakai buang di sebuah kedai runcit untuk anak sulungnya yang baru dilahirkan.

Kata Ismail, individu tersebut hanya mempunyai duit sebanyak RM20.

"Tadi saya pergi membeli di kedai runcit. Jumpa seorang lelaki, dia mahu belikan anaknya pampers hanya tujuh keping.

"Saya tanya kenapa beli tujuh ja. Saya tidak mampu bang, isteri saya baru melahirkan tadi.

"Saya cuma ada duit RM20, mahu belikan pampers sama tisu basah untuk bayi..

"Allahu terus sebak. Seorang suami terus cekal untuk sediakan keperluan anaknya yang pertama walaupun serba kekurangan.

"Kita faham bila jadi ketua keluarga dan lebih-lebih lagi bila sudah ada anak," tulisnya menerusi sebuah entri.

Bagi meringankan beban keluarga kecil itu, Ismail menolong lelaki itu dengan membayarkan barang keperluan yang diperlukan.

"Saya suruh dia simpan semula pampers yang dia beli tujuh keping, ambilkan dia pampers baharu, sabun mandian untuk anknya dan yang lain-lain.

"Semoga Allah berikan kekuatan dalam kehidupan mu saudara.

"Hari ini kita tolong orang, insya-Allah kalau bila kita juga dalam kesulitan pasti Allah hadirkan orang lain untuk bantu kita," tulisnya lagi.



Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut gembira dan bersyukur kerana lelaki itu dibantu.

"@FanbelangTempurMab: Terbaik Daeng. Kau memang memahami. Semoga rezeki mu melimpah.

"@MasriyahTamrin: Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan segala urusan mu dunia dan akhirat.

"@MackBeddu: Alhamdulillah Daeng. Takkan jatuh miskin kita kalau kita bersedekah..

"@KassimIbrahim: Rupanya ada kembarnya Ustaz Ebit Lew di Tawau ya.. Semoga murah rezeki mu Daengku. Amin.

"@TuttiVivian: Hati mana yang tak terusik kalau melibatkan anak-anak. Semoga dimurahkan rezeki seperti air mengalir ya Daeng," antara komen-komen ditinggalkan.

Perkongsian yang dimuat naik semalam itu telah mendapat lebih 500 komen dan 800 shares.

#Anak #Ayah #Pampers #RM20
;