Hiburan

"Duit Banyak, Pergilah Kuruskan Badan & Cantikkan Muka" - Netizen Komen Kasar, Ini Jawapan Cik B!

gempak
Amri Hassan
26/11/2020
08:50 MYT
Sponsor Banner
"Duit Banyak, Pergilah Kuruskan Badan & Cantikkan Muka" - Netizen Komen Kasar, Ini Jawapan Cik B!
Pelakon muda Cik B tampil menempelak tindakan segelintir netizen yang agresif menyerangnya di media sosial.
Baru-baru ini, Cik B sekali lagi mendapat komen berbaur sinis yang memperlekehkan bentuk badan dan paras rupanya.
Malah, pengguna terbabit turut mengaitkan kekayaan keluarga Cik B dengan memintanya untuk menguruskan badan dan mencantikkan wajah.
Tulis pengguna berkenaan; "Duit banyak, pergilah kuruskan badan, cantikkan muka. Itu pun nak ajar. B*d*h."
Bagaimanapun, Cik B tampil menjawab ciapan berkenaan dengan menjelaskan dia selesa dengan tubuh badannya sekarang.
"Cik B suka muka dan badan Cik B yang sekarang," jawabnya ringkas. Kematangan Cik B itu meraih pujian netizen dan menganggap tidak perlu untuk menghakimi bentuk badan dan paras rupa seseorang.
"Muka dah manis dan badan kalau Cik B sihat tak da apa-apa penyakit okey, as long as Cik B happy thats good.. Dont listen or pay attention to negative talk, unless advice by professional," tulis seorang pengguna.
"Kalau ikutkan kekayaan Cik B dgn Dato Vida ni, setakat nak kuruskan badan cantikkan muka macam si bodoh tu cakap, sebelah mata ja bro. tapi sebab dia ada kecantikan dia sendiri, tak perlu pun dia nak buat semua tu," tambah pengguna lain pula.
Netizen lain juga menyokong pendirian Cik B dan meminta agar tidak melayan komen sebegitu lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live