Berita

"Duit Itu Milik Saya, Ibu Dan Ayah, Untuk Renovasi Rumah Dan Tujuan Peribadi" - Syed Saddiq

gempak
Badrul Hashim
01/04/2020
01:00 MYT
Sponsor Banner
"Duit Itu Milik Saya, Ibu Dan Ayah, Untuk Renovasi Rumah Dan Tujuan Peribadi" - Syed Saddiq
Semalam dilaporkan bekas Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah kehilangan wang tunai berjumlah RM250,000 yang disimpan di dalam peti besi di kediamannya.
Baca: Simpan Wang Tunai Dalam Peti Besi, Syed Saddiq Kehilangan RM250,000 Di Dalam Rumah
Syed Saddiq kemudiannya memuat naik satu entri di Instagram miliknya untuk memberikan penerangan lanjut tentang apa yang berlaku dan tuduhan yang dibuat terhadapnya.
"Saya dan keluarga tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Malahan kami sendiri yang membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang.
"Sekiranya benar duit itu duit haram, why should we report it? Saya ambil maklum akan laporan SPRM yang dibuat dan faham akan tugas SPRM dalam menyiasat segala tuduhan dan laporan. Saya akan berikan kerjasama penuh dalam membantu siasatan SPRM. Wang tersebut merupakan wang peribadi milik saya serta ibu bapa," tulis Syed Saddiq.
Menurut Syed Saddiq, Mereka juga telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang tersebut. Daripada jumlah tersebut, RM90 ribu adalah miliknya, RM50 ribu adalah milik ibunya, manakala RM70 ribu adalah milik ayahnya.
"Majoriti wang itu dikeluarkan bagi tujuan renovasi rumah yang kami miliki bersama. Selainnya adalah untuk tujuan peribadi.
"Sampai sekarang saya tidak memiliki sebuah rumah. Dengan itu saya, Abuyah dan mama mengambil ketetapan untuk membeli rumah bersama," tulis Syed Saddiq lagi.
Tambah Syed Saddiq, beliau berhasrat ingin pindah ke rumah tersebut selepas siap direnovasi. Rumah tersebut belum siap renovasi serta peralatan elektronik dan perabot semuanya masih belum dibeli lagi.
"Saya sudah mengarahkan pegawai saya untuk membuat laporan Polis dan mengambil tindakan kepada mereka yang memfitnah saya dan keluaga dengan cubaan untuk mengaitkan kes ini dengan Duit Haram atau wanita yang dikatakan bersama saya.
Saya dan keluarga tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Malahan kami sendiri yang membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang. Sekiranya benar duit itu duit haram, why should we report it? Saya ambil maklum akan laporan SPRM yang dibuat dan faham akan tugas SPRM dalam menyiasat segala tuduhan dan laporan. Saya akan berikan kerjasama penuh dalam membantu siasatan SPRM. Wang tersebut merupakan wang peribadi milik saya serta ibu bapa. Mereka juga telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang tersebut. ~RM90 ribu milik saya, ~RM50 ribu milik ibu saya dan ~RM70 ribu milik ayah saya. Majoriti wang itu dikeluarkan bagi tujuan renovasi rumah yang kami miliki bersama. Selainnya adalah untuk tujuan peribadi. Sampai sekarang saya tidak memiliki sebuah rumah. Dengan itu saya, Abuyah & mama mengambil ketetapan untuk membeli rumah bersama. Dan saya berhasrat ingin pindah ke rumah tersebut selepas siap renovasi. Rumah belum siap renovasi, peralatan elektronik & perabot semua belum dibeli lagi. Saya sudah mengarahkan pegawai saya untuk membuat laporan Polis dan mengambil tindakan kepada mereka yang memfitnah saya dan keluaga dengan cubaan untuk mengaitkan kes ini dengan Duit Haram atau wanita yang dikatakan bersama saya. Ini adalah fitnah untuk menjatuhkan reputasi saya dan keluarga. Saya juga tidak akan berkompromi bab integriti dan akan memastikan diri dan keluarga saya memberi kerjasama penuh dalam membantu pihak polis dan SPRM. Saya harap semua pihak berhenti berspekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa membuat siasatan.
A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on
"Ini adalah fitnah untuk menjatuhkan reputasi saya dan keluarga. Saya juga tidak akan berkompromi bab integriti dan akan memastikan diri dan keluarga saya memberi kerjasama penuh dalam membantu pihak polis dan SPRM," tambah Syed Saddiq lagi.
Syed Saddiq juga berharap agar semua pihak berhenti membuat spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa membuat siasatan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live