"Duit Tak Boleh Bawa Masuk Kubur" - Alicia Amin Selar Video Viral Berunsur Penindasan
Aktres dan model popular, Aicia Amin menyelar tindakan beberapa syarikat atau individu yang menghasilkan video viral berunsur penindasan untuk melariskan produk mereka.
Perkara itu dikongsi Alicia menerusi sebuah video yang dimuat naik di entri Instagramnya buat tatapan umum.
"Hi guys, it's Alicia, saya rasa sekarang ada banyak video viral yang teruk, video sebegitu dibuat dengan sengaja, ada yang memaki orang, pukul kanak-kanak, menggunakan nama agama dan pelbagai perkara negatif lain untuk jual produk.
"Kita sebagai pengguna harus faham, jika mereka menghasilkan produk yang bagus, mereka tak perlu hasilkan video sebegitu.
"Saya harap anda semua sokong produk yang bagus dan tidak melakukan penindasan terhadap sesiapa," katanya dalam video tersebut.
Sementara di ruangan kapsyen, Alicia menulis kenyataan berbunyi :
"I know degrading someone else or a group of people is the easiest way to go viral and make money.
"Duit tak boleh bawa masuk kubur, fame will fade but people will always remember the way you made them feel," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong apa yang diperkatakan Alicia itu.
Selepas berjaya mencipta nama dalam dunia fesyen sebagai seorang model, Alicia mula berjinak dalam industri hiburan sekitar tahun 2017 dan terus aktif berlakon sehingga kini.