"Duit Tak Boleh Beli Sihat .." - Alami Demam, Shakilla Khoriri Negatif Covid 19

Zulaikha Yusof
Mac 12, 2020 00:52 MYT
Aktres Shakilla Khoriri memberi peringatan kepada semua untuk menjaga kesihatan memandangkan sekarang ini negara dijangkiti dengan wabak Koronavirus (Covid 19).
Kata Shakilla, wang ringgit tidak boleh beli kesihatan diri jadi perlu nikmatinya dengan sebaik mungkin.
"Betul lah duit tak boleh beli sihat. Nikmat waktu sihat ni sangat-sangat berharga cuma kita tak sedar.
"Alhamdulillah untuk kehidupan hari ni. Kesihatan yang baik.
"Perjalanan yang baik. Pertemuan yang baik," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, isteri kepada penyampai radio Fizi Ali mendedahkan dia bebas daripada Covid 19 selepas mengalami demam baru-baru ini.
"10/3/2020, negatif Covid 19. Syukur, Alhamdulillah. Terima kasih Allah," tulisnya dengan rasa kesyukuran.
Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018. Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia pada 14 Mac tahun lalu.
#Shakilla Khoriri #Demam #COVID 19