Berita

"Duit Tinggal Atas Meja, Beri Kad Bank Pada Isteri" - Ebit Lew Nasihat Jangan Kedekut Pada Isteri

gempak
ZULHILMI JALIL
29/05/2020
06:42 MYT
Sponsor Banner
"Duit Tinggal Atas Meja, Beri Kad Bank Pada Isteri" - Ebit Lew Nasihat Jangan Kedekut Pada Isteri
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menasihati golongan suami agar tidak kedekut untuk membelanjakan wang yang ada bagi kegunaan isteri dan keluarga.
Menurut Ebit, wang yang dikeluarkan untuk isteri dan keluarga itulah merupakan satu bentuk sedekah yang paling besar nilainya.
"Apa yang kita suka untuk diri sendiri itu juga kita kongsi. Apa yang kita suka untuk diri itu juga kita kongsi dengan isteri. Ada orang boleh beli kasut mahal. Beli rim kereta. Beli radio aksesori kereta atau motor.
"Belanja ikut kemampuan tanpa menyusahkan diri, tapi dengan isteri dan keluarga susah nak belanja. Masam muka. Belanjalah kerana Allah buat keluarga.
"Dengan belanja isteri dan keluarga Allah beri kita kaya dan rezeki melimpah ruah. Dan paling utama Allah maafkan dosa kita sebab pemberian kita," katanya dalam satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Syukur pada Allah pemberi rezeki. Terima kaseh Allah. Doa terbaik Alhamdulillah. Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri itu juga kita kongsi dengan isteri. Ada orang boleh beli kasut mahal. Beli rim kereta. Beli radio aksesori kereta atau motor. Belanja ikut kemampuan tanpa menyusahkan diri. Tapi dengan isteri dan keluarga susah nak belanja. Masam muka. Belanjalah kerana Allah buat keluarga. Dengan belanja isteri dan keluarga Allah beri kita kaya dan rezeki melimpah ruah. Dan paling utama Allah maafkan dosa kita sebab pemberian kita. Sebelum pergi kerja saya selalu duit tinggal atas meja. Beri kad bank pada isteri. Ambil insuran buat isteri kerana Allah. Sebab tahu belanja anak dan isi rumah banyak. Barang dapur jer dah berapa. Susu pampers anak. Allahuakbar.. Dari dulu lagi. Tak pernah tanya duit tu untuk apa. Senyuman dan pengorbanannya tak terbayar. Janganlah kedekut pada isteri dan keluarga. Isteri ibu pada anak kita. Sedih baca ramai juga masa takde duit takperlah. Isteri pun tak susahkan suami. Tapi dah senang mulalah guna untuk macam-macam tapi lupa belanja isteri. Beri nafkah buat isteri ini wajib mengikut kemampuan. Senangnya apa kita suka untuk diri kita. Kita nak isteri dapat dan rasa perkara yang sama. Allah pasti berkati dengan sedekah. Sedekah paling besar nilainya ialah buat isteri dan anak-anak. Buat mak ayah. Dan juga adik beradik-ebitlew
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Bahkan, menurut Ebit, dia juga tidak pernah bertanyakan mengenai hal perbelanjaan atas setiap wang yang diberikan kepada isterinya.
"Sebelum pergi kerja saya selalu duit tinggal atas meja. Beri kad bank pada isteri. Sebab tahu belanja anak dan isi rumah banyak. Barang dapur jer dah berapa.
"Susu, pampers anak. Allahuakbar. Dari dulu lagi, tak pernah tanya duit tu untuk apa. Senyuman dan pengorbanannya tak terbayar. Janganlah kedekut pada isteri dan keluarga. Isteri ibu pada anak kita," nasihatnya.
Begitupun, katanya, perbelanjaan tersebut sebaiknya biarlah mengikut kemampuan masing-masing.
"Sedih baca ramai juga masa tak ada duit tak apalah. Isteri pun tak susahkan suami. Tapi dah senang mulalah guna untuk macam-macam tapi lupa belanja isteri.
"Beri nafkah buat isteri ini wajib mengikut kemampuan. Senangnya apa kita suka untuk diri kita. Kita nak isteri dapat dan rasa perkara yang sama," jelasnya.
Ebit merupakan antara pendakwah bebas yang terkenal dengan sifat dermawan dan murah hati dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Saksikan program yang menampilkan Ebit Lew di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live