Hiburan
"Duit Yang Bagi Dekat Anak & Isteri Adalah Duit Haram" - Syatilla Melvin Kesal Produk Kosmetiknya Dijual Tiruan
Pelakon Syatilla Melvin kesal apabila produk keluarannya dijual secara tiruan di aplikasi talian membeli belah.
Kata Syatilla atau lebih mesra dipanggil Tilla, dia berharap individu terbabit insaf daripada melakukan perangai keji ini kerana telah menutup periuk nasi orang lain.
"Saya nak menguar-uarkan di sini sesiapa yang beli Kekasih di Lazada, Shopee itu adalah produk tiruan.
"Dan kepada penjual yang menjual produk Kekasih, tolonglah insaf.
"Tolong ingat sama duit yang korang bagi dekat anak dan isteri ataupun dekat diri sendiri ianya adalah duit haram.
"Duit yang tak berkat. Tak takut ke dengan apa yang akan jadi dikemudian hari?
"Korang semua takkan ke mana dan tidak berkekalan pun.
"Dah la tutup periuk nasi orang..Meniaga dengan cara salah.
"Allahuakbar, tak takut eh makan duit haram dan tidak berkat. Fikir-fikirkanlah," kata Tilla.
Ketidakpuasan hati itu dibuat menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya semalam.
Tilla bersama adik beradiknya, Syafiqa, Syifa dan Syida Melvin menjalankan perniagaan kosmetik yang diberi nama Kekasih.