Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dulu 102 kg Kini 95 kg, Shuk Minum Air Kosong Untuk Turunkan Berat Badan

Amri Hassan
18/07/2018 04:43 MYT
Dalam diam-diam, rupa-rupanya pelawak dan penyampai radio Shuk, berjaya menurunkan berat badan sebanyak tujuh kilogram dalam seminggu.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar nekad mengurangkan berat badan atas faktor kesihatan.

"Sebelum ini, berat badan saya 102 kilogram dan sekarang sudah turun ke 95 kilogram. Saya kuruskan badan selepas mendapati sukar bernafas dengan lancar.

"Tambahan pulak, isteri dan ibu turut mengingatkan kesan dan akibat jika tidak menjaga kesihatan," katanya.

Setiap hari, Shuk akan menghabiskan empat liter air kosong yang disediakan oleh isteri bagi menurunkan berat badan.

"Kalau saya gagal habiskan air kosong yang disediakan, saya akan didenda. Setakat ini, saya belum didenda lagi," katanya.

Shuk meletakkan target untuk mengecilkan bahagian perut dan mahu menyarung saiz pakaian L sebagai hasil untuk misinya kali ini.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Harian Metro
#Shuk #Turun Berat Badan
;