Dulu Aku Fikir Jadi Mak, Aku Akan Begini” – Kongsi Video ‘Ibu Rempit’, Yana Samsuddin Kenang Kisah Lama!

Hanafis Haris
Julai 18, 2019 10:15 MYT
Pelakon dan pengacara Yana Samsudin berkongsi satu video melucukan yang memaparkan rakaman seorang ibu muslimah menunggang motosikal ala mat rempit.
Video tersebut dikongsi di entri Instagramnya semalam.
Menerusi rakaman berdurasi 15 saat itu, seorang wanita bertudung labuh menunggang motosikal dengan penuh gaya.
Lebih menggamatkan lagi keadaan, wanita itu turut melakukan 'wheelie' dengan penuh aksi mencuit hati.
Menurut Yana, dia pernah membayangkan untuk menjadi seperti wanita dalam video berkenaan.
"Dulu kalau aku fikir, aku jadi mak, aku akan begini.
"Weng weng pitpit #wawasemput #adnansempit" katanya di entri terbabit.
Rata-rata netizen terhibur dengan keletah lucu itu dan turut meninggalkan reaksi di ruang komen.
Untuk rekod, Yana sebelum ini pernah dikenali dengan watak ‘minah motor’ iaitu Wawa menerusi filem ‘Adnan Sempit’ yang ditayangkan pada 2010.
Watak tersebut kemudian dikembangkan menerusi filem ‘Wawa Semput’ yang dikeluarkan pada tahun 2013.
#Viral #Viral #Adnan Sempit #Rempit