"Dulu Aku Jongos, Blur-Blur Jadi Selalu Kena..." - Nazim Othman Rindu Zaman Jadi Pramugara, Kongsi Gambar Throwback

ZULHILMI JALIL
April 30, 2020 06:45 MYT
Pelakon Nazim Othman meluahkan rasa rindu dengan kerjayanya di awan biru sebagai kru kabin yang pernah diceburinya sebelum melangkah ke industri hiburan.
Nazim, 36, turut berkongsi beberapa keping gambar kenangan ketika dirinya berkhidmat bersama syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) pada 2004 menerusi satu posting di Instagram.
"Tadi dok scroll IG sebab dah tak tahu nak buat apa. Ternampaklah ada seorang pramugari MAs post video dia dengan kawan-kawan tengah kerja dalam galley (dapur pesawat lah senang cerita).
"Terus saya terindu tanpa sengaja zaman saya tarik beg troli ala-ala catwalk kat lapangan terbang serata dunia sebagai kru kabin," katanya.
Cerita Nazim lagi, ketika bertugas di dalam kapal terbang, dia juga selalu menerima teguran daripada rakan sekerja gara-gara sering lambat ketika melaksanakan tugasan.
"Dulu uniform pramugara Malaysia Airlines warna hijau. Dulu aku jongos, blur-blur jadi selalulah kena marah dengan senior sebab terhegeh-hegeh buat kerja dalam pesawat, kah kah kah," tulisnya.
Perkongsian foto yang diambil kira-kira 16 tahun lalu itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikut termasuklah rakan artis.
"Pergh dari dulu dah oppa rupanya.
"Post lah gambar awak masa dengan MAS dulu banyak-banyak lagi," komen sebahagian netizen.
"Kite tak pernah fly sekali kan? Terserempak kat airport, nightstops dan kat bridge pun tak pernah," komen pelakon Sherry Ibrahim.
Dalam pada itu, jangan lupa saksikan drama lakonan Nazim Othman di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Nazim Othman #MAS #Pramugara