Hiburan

"Dulu Arwah Banyak Kali Suruh Saya Kahwin .." - Issey

Zulaikha Yusof
12/12/2019
23:20 MYT
Penyampai radio dan pelawak Issey menyatakan dia tidak berniat untuk menyembunyikan mengenai perkahwinannya yang bakal berlangsung 22 Disember ini.
Jelas Issey dia harus mendapatkan persetujuan daripada calon isteri, Noor Aimi Jamel terlebih dahulu.
"Saya tidak ada niat untuk menyembunyikan tentang kisah peribadi saya.
"Saya dan bakal isteri telah sama-sama berbincang untuk kunci mulut dulu.
"Saya nak tunggu bagi betul-betul jadi dan segalanya berjalan dengan lancar baru saya umum.
"Kalau perasan saya memang jarang kongsi hal peribadi di media sosial terutamanya di Instagram (IG).
"Lagipun banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum melangkah ke alam perkahwinan ini," katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, pemilik nama Fazlisham Mat Hussin akui berasa sedih apabila hari bahagianya tanpa insan yang bergelar ibu.
"Saya berasa sebak kerana arwah ibu tidak dapat menyaksikan majlis perkahwinan saya. Dulu arwah banyak kali suruh saya kahwin.
"Saya pernah menyuarakan pasal keinginan ini dan alhamdulillah dia setuju. Ibu mana tak gembira apabila anaknya ingin berkahwin kan.
"Sebenarnya perancangan nak kahwin tu dah lama ada cuma terpaksa ditunda selepas ibu meninggal dunia. Walau apapun, saya berjaya tunaikan hasratnya," ujanya lagi.
Menerusi Instagram (IG) miliknya, Issey mendedahkan bakal menamatkan zaman duda dengan pilihan hati, Noor Aimi Jamel yang merupakan kenalan lamanya di Kelantan.
Wanita tersebut merupakan seorang janda yang mempunyai tiga orang cahaya mata.
Issey dan Aimi bakal melangsungkan majlis pernikahan di Kota Bahru, Kelantan.
Terdahulu, Issey pernah berkahwin dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015 sebelum bercerai pada 21 Ogos 2016. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Datuk Red Tak Pernah Nak 'Singkirkan' Datin Red Dalam Perkahwinan, Anggap Diri Tiada Jodoh

gempak
24/07/2024
07:25 MYT
Datuk Red memberitahu bahawa dirinya tidak pernah terfikir untuk menyingkirkan Datin Red dalam hidupnya.
Hiburan

Perkongsian IG Dihujani Tahniah, Nina Ismail Sabri Bakal Dirikan Rumah Tangga?

gempak
23/07/2024
01:39 MYT
Perkongsian di Instagram bekas isteri kepada pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri sekali lagi mendapat tumpuan ramai selepas dirinya memuat naik gambar bersama keluarga dan seorang jejaka yang hanya dikenali sebagai Hafiz.
Viral

"Saya Dah Lama Move On, Tapi Masih Terkilan Kawan Baik Sendiri Yang Sailang Masa Iddah" - Ananda Natasha

gempak
22/07/2024
09:55 MYT
Susulan pendedahan yang dibuat berkaitan perselingkuhan bekas suaminya, Andika Putera, personaliti media sosial, Ananda Natasha menyatakan dirinya sudah 'move on' dengan penceraian yang berlaku pada Disember tahun lalu.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.
Drama

Tak Mudah Bertutur Loghat Terengganu, Nora Danish Syukur Diajar Aswad Jalil - “Walaupun Saya Lahir Di Sana Tapi…”

gempak
20/07/2024
03:55 MYT
Pelakon, Nora Danish akui tidak mudah untuk bertutur dalam loghat Terengganu untuk drama terbaharu lakonannya berjudul Perang Nasi Dagang.