Hiburan
"Dulu Awal-Awal Kakcik Bercerai, Papa Terus Suggest Kakcik Sambung Belajar Oversea .." - Farah Lee
Personaliti media sosial, Farah Lee meluahkan rasa rindu terhadap arwah ayahnya yang sudah meninggal dunia sejak dua tahun lalu.
Menurut Farah, dia sudah memakbulkan permintaan ayahnya yang ingin dia menyambung pelajaran ke luar negara.
"#Suratuntukpapa 14 May 2019.
"Dah 2 tahun tak dapat peluk jasad papa tapi roh papa sentiasa dalam dakapan.
"Pa, kakcik dan Maream dah 9 bulan duduk kat UK now. Kalau papa ada ni mesti papa suka kan?
"Dulu awal-awal kakcik bercerai, papa terus suggest kakcik sambung belajar oversea.
"Tapi kakcik refused sebab masa tu tak yakin lagi boleh handle Maream well tak sensorang, life pun belum betul-betul stable.
"But after a year plus, alhamdulillah kakcik decided to fulfil your wish cuma masa tu papa dah takde.
"I'm struggling to juggle my life here - study, @ommaesabel, socialmedia content, single parenting - sometimes macam tanya kat diri sendiri, buat apa lah menyusahkan diri datang sini, duk kat Malaysia kan lagi senang, makanan pun best.
"Tapi, kita takkan tahu capacity kita selagi tak challenge ourselves kan? And through these trials, banyak sangat kakcik dapat belajar, buat kakcik lebih bersyukur.
"Sibuk-sibuk gila pun, semua manageable je actually. Penat sikit lah, kena betul-betul pandai bahagi masa.
"So, sebab tu kakcik masih tak kahwin lagi, sebab takde masa nak layan lamaran-lamaran hiks.
Tambah Farah, ayahnya akan teruja melihat Maream yang kian membesar dan mampu berdikari.
"Pa, kalau papa still ada mesti papa excited tengok Maream sekarang. Dia makin pandai dah, helpful and independent sangat.
"Sangat lasak and tak manja. Dia still mention nama papa sometimes.
"Baru-baru ni dia cakap, "You miss your dad..? It's okay, I'll take care of you okay?". Kemain.
"Anyway, walaupun anak-anak papa ramai jauh dari Malaysia, kitorang still masih rapat macam selalu.
"Kakcik, kaklang and adik selalu travel Europe sesama time cuti sekolah. Last cuti je tak travel sebab takde duit dah.
"Kitorang still support each other, bagi pinjam duit haha, kadang video call ramai-ramai.
"So jangan risau okay, setiap papa dalam diri kami inshaAllah akan bercantum sampai bila-bila.
"Kitorang selalu gurau suruh mama cari papa baru. Tapi kitorang tahu, cinta mama hanya untuk papa yang satu. Atau dia belum jumpa #tokpabarumatabiru.
"Okay lah kakcik nak sambung buat assignments pulak ni. Papa doakan kakcik lulus and dapat grad soon and dapat benefit the ummah okay?
"Kakcik pun akan selalu doakan papa dari sini. Dari tempat yang nyata berbeza, namun cintanya masih sama. Rindu," tulisnya lagi.
Ally dan Farah bernikah pada 20 Januari 2012 namun berpisah pada 17 Ogos 2016.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata Maream Esabel yang berusia lima tahun.
Must-Watch Video