"Dulu Boleh Jadi Spice Girls, Sekarang Girls Generation" - Anzalna Rai Baby Shower Diana Nasir

Amri Hassan
Oktober 15, 2018 18:03 MYT
Hujung minggu lalu telah berlangsung dengan meriahnya sambutan baby shower kakak Anzalna, Diana Nasir!
Pada majlis sama juga, Diana yang sebelum ini tular dengan bayi kembar Anggun Darleesa dan Anggun Darleena turut mengumumkan jantina bayi yang bakal dilahirkannya tidak lama lagi.
Dek kerana pasangan Diana dan suaminya, Azwan bakal menimang seorang lagi cahaya mata perempuan, Anzalna menyifatkan keluarganya salin tak tumpah seperti kumpulan Kpop Girls Generation.
"Our family is growing, we can't wait to welcome another @the_angguns in the family.
"Dulu kami berlima boleh jadi Spice Girls, sekarang Girls Generation yang dianggotai Diana, Mia, Afifah, Nazirah, Anggun Darleesa, Anggun Darleena dan Anggun baru!" tulisnya di Instagram.
Keakraban dan kecantikan Anzalna sekeluarga juga meraih pujian daripada netizen hingga ada yang teruja untuk menantikan Anzalna sendiri menimang cahaya mata.
Apapun, kami kongsikan foto-foto menarik sepanjang baby shower Diana Nasir baru-baru ini.
#Viral #Anzalna Nasir #Viral #Anggun #Diana Nasir