Berita
"Dulu Depa Kata Konon Rishi Kapoor Macam Md Elai" - Faezah Elai Kongsi Gambar Bapa Mirip Aktor Legenda Bollywood, Wow! Ada Iraslah!
Pelakon Faezah Elai berkongsi gambar bapanya Md. Elai yang dikatakan mirip mendiang pelakon legenda Bollywood Rishi Kapoor.
Menurut Faezah, 38, gambar yang dimuat naik di Instagram itu dikirim oleh adiknya .
"Semalam, adik saya hantar gambar ini. I was like Nauzubilla min zalik, Ya Allah panjangkanlah umur Md Elai..Amin.
"Apapun, gambar lama itu ialah datuk saya, Fazil Elai. Yang atas tu, pak akak lah, ni versi yang dah tua..yang bawah tu Rishi Kapoor.
"Dulu depa kata konon Rishi macam Md Elai, tapi anak dia macam Jessica Alba, tak tahu pasal apa," katanya sambil berseloroh.
Perkongsian Faezah itu kemudian menerima pelbagai respons yang mengakui bapanya itu mempunyai iras aktor Bollywood tersebut.
"Sungguh, ada iraslah!
"Samalah kak muka pak akak dengan Rishi Kapoor.
"Ingatkan orang yang sama tadi," tulis sebahagian netizen di ruangan komen.
Dalam pada itu, menurut Faezah, pemergian Rishi baru-baru ini memang cukup dirasai memandangkan dia membesar dengan menonton filem-filem lakonannya.
"Saya membesar dengan filem-filemnya. Daripada Bobby sampai yang terakhir The Body. Terima kasih Rishi Kapoor, anda akan dirindui," tulisnya.
Terdahulu, Rishi dialporkan meninggal dunia pada 30 April pada usia 67 tahun akibat kanser.
Saksikan drama lakonan Faezah Elai di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video