LAMAN UTAMA
"Dulu Dia Bagi Satu, Korang Minta Dua" - Rita Rudaini Persoal Kenapa Netizen Marah KJ?
Pelakon popular Rita Rudaini mempersoal tindakan segelintir netizen yang seakan-akan kurang berpuas hati dengan berita pemberian dos keempat vaksin COVID-19 seperti yang tular baru-baru ini.
Hal itu dikongsi Rita menerusi ruangan Instagram Story miliknya beserta potongan artikel Astro AWANI dengan tajuk; Khairy jawab 'kemarahan' warganet mengenai dos penggalak keempat.
"Habis madu sepah dibuang, dulu dialah yang tolong korang bawa masuk penawar untuk korang, korang puji, korang puja dia, korang marah orang lain, korang kata penawar itu 'ikhtiar'.
"Sekarang korang nak marah dia kenapa? Korang ni memang tak kenang budi, mana 'IKHTIAR' korang?
"Dulu dia bagi 1, korang minta 2, sekarang dia bagi lebih korang marah kenapa? Bukan kena bayar pun...korang ni memang tak kenang dek untung!
"Biasalah YB, kena ingat, Melayu mudah lupa," tulisnya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan kajian untuk memberikan suntikan dos keempat.
Jelas beliau, apa yang diketahui setakat ini hanya satu dos penggalak diperlukan untuk meningkatkan daya ketahanan penerima terhadap jangkitan COVID-19.
Must-Watch Video