,
Laman Utama

"Dulu Dia Tak Macam Tu" - Bella Astillah Kata Aliff Aziz Banyak Berubah, Selalu Doa Agar...

Izwan Isa
21/09/2023
01:50 MYT
Penyanyi Bella Astillah mengakui terkesan dan sedih apabila melihat ramai rakan-rakan artis mengalami masalah rumah tangga.
Sebagai individu yang pernah melalui hal yang serupa, Bella berkata, dia sangat memahami mereka yang terkesan dengan isu serupa.
“Bila baca berita tentang rakan-rakan artis yang alami masalah rumah tangga, saya jadi sedih. Sebab saya tahu perasaan mereka.
“Tapi, dalam masa sama, saya tidak berborak dengan orang tentang isu tersebut sebab saya sendiri takut. Hal jodoh ni semua rahsia Allah, saya sendiri tak tahu rumah tangga saya sampai bila?,” katanya kepada Gempak.
Ditanya mengenai hubungannya dengan Aliff, Bella berkata, suaminya itu banyak menunjukkan perubahan positif, khususnya perihal keprihatinan terhadap dia dan anak-anak.
“Banyak perubahan positif yang saya lihat pada Aliff. Dia sekarang banyak ambil berat, selalu tanya saya buat apa.
“Kadang-kala, dia juga akan buat panggilan video dengan saya ketika di set penggambaran. Alhamdulillah sebab dulu dia tak macam tu. Harap tak berubahlah,” katanya.
Melanjutkan bicara, Bella turut tidak meletakkan sebarang ‘harapan’ pada hubungan perkahwinannya.
“Itu yang saya takut kalau letak expectation… saya tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
“Sekarang ya, mungkin seronok dan berbunga, tapi kita tidak tahu apa yang akan jadi nanti. Apa pun, saya sentiasa berdoa saya dan suami kekal selamanya, insya-Allah,” tutup Bella.
BACA: Ini Sebab Kenapa Bella Astillah Minta Pelakon Baharu Panggil Dirinya ‘Kak Bella’​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Stacy Tak Akan Bermasam Muka Dengan Bella Astillah - “Kami Sama-Sama Orang Kampung, Tak Berbaloi Bergaduh”

gempak
17/11/2024
02:55 MYT
Penyanyi Stacy memaklumkan dia tidak akan bermasam muka dengan Bella Astillah biarpun berdepan kontroversi konsert A Night With A Sumandak Stars.
Hiburan

Kualiti Nyanyian Sering Dikritik, Bella Astillah Tetap Positif – “Saya Terima Saja Dengan Hati Terbuka”

gempak
28/10/2024
02:54 MYT
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah tidak berkecil hati apabila persembahan nyanyiannya di sebuah acara baru-baru ini mendapat reaksi negatif sesetengah pihak.
Hiburan

Kontroversi Konsert Tak Ganggu Fokus Bella Astillah Untuk ‘Perform’ Di Konsert Sumandak Stars - “Saya Fokus Pada Diri Sendiri & Vokal Saja”

gempak
25/10/2024
23:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mengambil pendirian untuk fokus pada diri sendiri daripada mengulas lanjut mengenai kontroversi membabitkan dirinya dalam penganjuran Konsert A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku.
Hiburan

“Bukan Mudah Ibu Tunggal Macam Kak Long Untuk Sentiasa Kuat…” - Didi Astillah Beri Kata-Kata Semangat Buat Bella

gempak
24/10/2024
02:54 MYT
Pelakon, Didi Astillah memberikan kata-kata semangat buat kakaknya, penyanyi Bella Astillah untuk terus kuat mengharungi kehidupan.
Hiburan

Stacy Umum Tak Terlibat Konsert Sumandak Stars, Peminat Luah Rasa Kecewa - “Jujur Cakap Beli Tiket Untuk Tengok Stacy Je”

gempak
19/10/2024
00:50 MYT
Penyanyi Stacy tidak akan terlibat dalam konsert A Night With Sumandak Stars Ceritera Hatiku yang akan berlangsung pada November depan.
Unitar