HIBURAN
Dulu Dikecam, Sekarang Dinanti! Penangan Luar Biasa 70 Juta Tontonan, Drama Viral Di Sebalik Permata Kembali
Setelah kejayaan luar biasa musim pertama dengan lebih 70 juta tontonan, drama viral Di Sebalik Permata kini kembali dengan musim kedua yang mula ditayangkan secara eksklusif di TikTok mulai 6 Jun 2025.
Dibintangi oleh Putri Damia, Mizy Razuan, Umar Mukhtar dan Jeremy Bong, musim baharu ini menyajikan plot lebih mendalam, penuh kejutan dan sarat emosi, semuanya terikat pada kisah watak utama, Natasya.
Menurut pengarah, Faiz Munir, ramai peminat yang bertanyakan sambungan drama ini selepas penangan musim pertama yang ditonton 70 juta kali di TikTok.
“Kami akui banyak lagi jalan cerita Di Sebalik Permata yang boleh diterokai dan kami rasa ini masa yang tepat untuk kami menyambung kisah Natasya dan Rayhan, tapi kali ini dengan konflik yang lebih berat dan emosi yang lebih mendalam," katanya.
Penerbit dari Mantayay Sdn Bhd turut menjanjikan satu pengalaman tontonan yang tidak akan mengecewakan.
“Kalau musim pertama pun sudah buat ramai penonton berperang di ruang komen, musim kedua ini mungkin lebih menggila.
“Kami bawakan elemen yang lebih gelap, manipulasi, fasa hilang ingatan, cinta toksik, dan watak baru yang misteri. Setiap episod direka dengan ‘cliffhanger’, jadi bersedialah, sebab banyak ‘plot twist’ pada musim baharu ini yang boleh buat netizen tak tidur malam.
“Musim kedua Di Sebalik Permata adalah penghargaan kami buat semua penonton yang setia sejak episod pertama.
“Kami tahu ramai yang menjadi peminat watak Natasya dan Rayhan. Kali ini kami bawakan kisah yang lebih berani, lebih emosional, dan penuh kejutan.
“Harapan kami agar setiap episod bukan sekadar ditonton, tapi untuk dikongsikan! Kami tak sabar nak tengok reaksi TikTok bila klimaks musim ni ditayangkan,” ujarnya.
TONTON DI SINISinopsis Di Sebalik Permata Musim KeduaNatasya (Putri Damia) diculik dan hilang ingatan selepas insiden tragis. Bekas kekasihnya, Akmal (Mizy Razuan), memanipulasi minda Natasya agar percaya mereka masih bersama. Dalam masa sama, suami sebenar Natasya, Rayhan (Umar Mukhtar), berjuang mendapatkan kembali kepercayaan dan cintanya.Ketika Natasya melalui fasa kekeliruan, muncul pula jejaka baharu yang menambah konflik. Siapakah pilihan hati Natasya? Identiti, dendam dan cinta diuji hingga ke penghujung.
Must-Watch Video