Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Dulu Guna Duri Landak, Sekarang Guna Pensil Gergasi” - Kaedah ‘Rare’ Guru Ini Tarik Perhatian Warganet!

Hanafis Haris
17/07/2019 10:05 MYT
Lain guru lainlah cara dan kaedah didikannya, namun matlamat mereka sama iaitu untuk berkongsi serta menyebarkan ilmu.

Mungkin itulah yang cuba disampaikan oleh Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 2, Kota Kinabalu, Sabah apabila menggunakan replika pensil bersaiz besar untuk mengajar.

Gambar Mohd Syaiful Azlan Abu Yazid, 35, memegang replika pensil bersaiz besar sambil duduk mengajar murid tular di laman sosial, baru-baru ini.

Menerusi posting di Facebook peribadinya, Mohd Syaiful berseloroh mahu menggunakan pensil ‘dinosaur sebagai cara untuk memberi semangat kepada anak muridnya.

“Zaman ustaz dulu mengaji muqaddam pakai penunjuk duri landak. Alhamdulillah berjaya khatam.

“Kali ini kita cuba tunjuk pakai pensil dinasour, mana tahu lebih mujarab. Kalau tak faham juga tak tahulah,” katanya.

Sementara itu menerusi Harian Metro, Mohd Syaiful menjelaskan replika pensil itu dibawa ke kelas untuk memberi kelainan dan bukannya digunakan bagi menghukum murid yang melakukan kesalahan.

“Replika itu satu daripada prop keceriaan di sekolah yang saya ambil di bawah tangga sebelum masuk ke kelas.

“Itu gambar sebenar, bukan disunting dengan teknik ‘Photoshop’ atau aplikasi lain," katanya.

#Viral #Viral #Pendidikan #Guru
;