TALK TO MY MANAGER

Dulu Introvert, Shahida Sebak Lihat Amayan Makin Berani Depan Orang Ramai - “Dia Tak Suka Kamera…Mama Bangga Walaupun Ammar Kayu”

Mya Amri 25/08/2025 | 01:56 MYT
Usahawan terkenal, Datin Seri Nur Shahida akui sebak apabila melihat perkembangan positif anak sulungnya, Ammar Ahyan yang kini semakin berani tampil di khalayak ramai.

Sebak lihat Amayan makin yakin


Luahan perasaan itu dikongsi Shahida menerusi hantaran terbaharu diakaun Instagram miliknya selepas Ammar muncul dalam program ‘Talk To My Manager’ bersama suaminya iaitu Datuk Seri Aliff Syukri.

“Jujurnya sebak dan gembira melihat anak membesar, dulu masa Ammar kecil saya selalu terfikir macam mana Ammar ni nak kedepan,” kongsinya.

Amayan introvert


Menerusi hantaran yang sama, Shahida memaklumkan sejak kecil, Ammar merupakan seorang yang introvert dan kurang gemar berada di hadapan kamera.

Sebelum ini, tular sepotong video Ammar Ahyan selamba menyanyikan lagu Break (Misha Omar) pada majlis berkenaan.

Walaupun pertama kali membuat persembahan, keberanian Ammar dipuji ramai.

#Aliff Syukri #Datuk Seri Aliff Syukri #Datin Seri Nur Shahida #Ammar Ahyan #Amayan #Talk To My Manager