Viral
"Dulu Lawan Misha, Siti, M. Nasir, Sekarang Lawan ..." - Damian Mikhail
Bekas anggota kumpulan VE, Damian Mikhail berkongsi pandangannya mengenai senario semasa pertandingan nyanyian tempatan.
Kata Damian, selain perbezaan karya dan penyanyi, nilai anugerah yang dimenangi kini juga sudah berlainan.
"Banyak beza bertanding dalam program anugerah dulu dengan sekarang.
"Nilai anugerah kalau dimenangi pun lain.
"Dulu lawan Misha Omar, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir. Zaman sekarang lawan Aliff Syukri, DSV, Sajat.
"Betul... Dulu-dulu dah habis," tulisnya menerusi perkongsian di Instagram.
Bagaimanapun, Damian tidak menyatakan secara spesifik anugerah manakah yang dimaksudkannya menerusi posting terbabit.
Namun, ada yang beranggapan anugerah muzik misalnya Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Planet Muzik masih dinilai berasaskan kualiti berbanding populariti.
Adapun, perkongsian itu mendapat respon daripada netizen yang rata-rata bersetuju dengan pandangan Damian.
Must-Watch Video