Nama pelakon Hon Kahoe mungkin tidak sebesar Alvin Chong atau Sean Lee tapi korang tahu tak, Kahoe sudah menceburi bidang lakonan sejak di bangku sekolah?

Mungkin ada yang perasan, mungkin juga tidak. Kahoe atau nama sebenarnya Howard Hon Ka Hoe adalah bintang yang dicungkil bakatnya oleh pengarah filem tersohor, Allahyarham Yasmin Ahmad?

Kahoe membintangi filem Allahyarham berjudul Talentime bersama Syafie Naswip, Jaclyn Victor, Pamela Chong dan Mahesh Jugal.

Ketika itu Kahoe memegang watak sebagai ‘Kahoe’ seorang pelajar cemerlang yang pandai bermain alat muzik tradisional.

Selain Talentime, Kahoe juga pernah membintangi beberapa buah filem seperti Crayon dan Aqerat.

Nama Kahoe mula menjadi sebutan apabila dia muncul menerusi telefilem Senafas Rindu pada tahun 2019 bersama Syafiq Kyle, Elizabeth Tan dan Alya Iman.

Watak Kahoe sebagai Kelvin ketika itu mula menjadi sebutan kerana wajahnya yang kacak persis bintang Korea!

Malah ada peminat yang menyangka Kahoe seorang bintang baru berasal dari Korea yang mengembangkan bakat di Malaysia tau!

Dan yang terbaru, Kahoe membintangi drama bersiri terbaharu Astro Originals, Dukun Diva bersama pelakon hebat lain seperti Eyka Farhana, Emelda Rosemilla, Adlin Aman Ramlie, Nadia Aqilah dan Tony Yusoff.

Menerusi Dukun Diva, Kahoe memegang watak sebagai Daniel Lim anak kepada Datuk DD (Emelda) dan Zulkanain Lim (Tony Yusoff).

Jangan lupa untuk saksikan Daniel Lim dalam Dukun Diva...‘They Put The Sham In Shaman’, episod kedua: Happy, Together, Forever malam ini ya! Korang mesti jatuh cinta dengan watak Daniel yang ‘cool’ dan kuat mengelamun tu.

Saksikan Dukun Diva yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam setiap Isnin di Astro Citra.

Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.

Dukun Diva menjalinkan kerjasama bersama jenama lilin beraroma, Lampu Cherita, dan pengedar coklat tempatan, Love 18C bagi menghidupkan keunikan setiap karakter utama dalam drama Astro Original ini.

Cenderahati drama Dukun Diva edisi terhad ini boleh didapati di laman rasmi Lampu Cherita, www.lampucherita.com dan Love 18C, www.love18c.com.

Istimewa untuk pelanggan Astro, diskaun tambahan boleh didapati melalui website Astro Rewards tertakluk pada terma dah syarat.