Hiburan

Dulu Macam Keluarga, Now Dicampak-Campak! Jumlah Kucing & Anjing Yang Dibuang Meningkat Gara-Gara...

gempak
Hanafis Haris
21/04/2020
03:00 MYT
Sponsor Banner
Dulu Macam Keluarga, Now Dicampak-Campak! Jumlah Kucing & Anjing Yang Dibuang Meningkat Gara-Gara...
Baru-baru ini kecoh mengenai dakwaan mengatakan haiwan turut berupaya menyebarkan virus COVID-19.
Namun, perkara itu disangkal oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang menjelaskan haiwan peliharaan bukan penyebar wabak berkenaan.
Walaubagaimanapun, kenyataan itu nampak gayanya tidak cukup untuk menyakinkan sesetengah orang ramai, malah jumlah haiwan perliharaan yang dibuang dilihat semakin meningkat.
Menerusi Sinar Harian, pembuangan haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing telah meningkat tiga kali ganda di sekitar Kuala Lumpur ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika, perkara itu dikesan berdasarkan maklumat yang diperoleh mereka.
"Misalnya, sesuatu kawasan itu selalu ada lima ekor anjing, tetapi semalam jumlah itu meningkat kepada 18 hingga 20 ekor, kira-kira tiga kali ganda.
"Kesemua anjing yang dibuang itu berada dalam keadaan sihat dan sangat bersih," katanya.
Tambahnya, hasil tinjauan juga mendapati kebanyakan haiwan dibuang di kawasan perindustrian yang sunyi dan bukannya di kawasan perumahan.
"Mereka langsung tidak mempedulikan keselamatan dan makan minum haiwan berkenaan," katanya.
"Ke manakah kasih sayang sebelum ini telah pergi? Apakah nasib anjing dan kucing peliharaan yang selama ini menganggap pemilik sebagai keluarga sendiri dan sebagai tempat berteduh selepas dibuang," katanya.
Sumber: Sinar Harian, Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live