Penyampai radio Suria, Fizi Ali mengakui dirinya mempunyai persepsi buruk terhadap orang yang berasal dari Kelantan.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fizi menjelaskan selaganya berubah apabila dia mengenali dan berkawan baik dengan pelawak, Issey.

"Saya orang Kelantan mesti ada je orang yang pandang serong. Jangan kawan dengan Kelantan nanti makan diri.

"Kelantan waktu jumpa sesama geng akan lupa kau, dulu memang bila jumpa orang Kelantan abam jauhkan diri kerana termakan kata-kata orang yang selalu buruk kan Kelantan.

"Tapi bila kenal orang bernama Issey ni baru abam sedar jangan pandang luaran tapi pandang hati budi. Semua negeri ada yang baik dan tidak. Jangan sebab dia Kelantan korang pulaukan dia.

"Hari ni birthday Issey. Terima kasih banyak ubah pikiran orang tentang Kelantan. Terima kasih untuk jadi sahabat yang baik. Kitaorang doakan terbaik untuk ko. Cepat gaiss wish birthday Issey," tulisnya.

saya orang KELANTAN mesti ada je orang yang pandang serong..jangan kawan dengan KELANTAN nanti makan diri..KELANTAN waktu jumpa sesama geng akan lupa kau..dulu mmg bila jumpa orang KELANTAN abam jauhkan diri..termakan kata orang2 yang selalu buruk kan KELANTAN..tapi bila kenal orang bernama issey ni baru abam sedar jangan pandang luaran tapi pandang hati budi..semua negeri ada yang baik dan tidak..jangan sebab dia KELANTAN korang pulaukan dia..btw hari ni birthday issey..terima kasih banyak ubah pikiran orang tentang kelantan..terima kasih untuk jadi sahabat yang baik...kitaorang doakan terbaik untuk ko...cepat gaiss wish birthday issey... @isseyfazlisham

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Fizi dan mereka juga sebelum ini pernah mempunyai persepsi yang sama terhadap orang Kelantan.