"Dulu Mereka Ada Rumah, Hidup Selesa. Sekelip Mata Perlu Tinggal Dalam Khemah..." - Heliza Kongsi Video Bersama Anak-Anak Pelarian Syria

Badrul Hashim
April 18, 2019 23:09 MYT
Dalam keriangan anak-anak ini menerima kunjungan dan bantuan, tergambar kesedihan dengan apa yang dialami oleh mereka.
Dalam satu perkongsian Heliza Helmi di Instagramnya, dia memberitahu bahawa anak-anak Syria ini mengucapkan terima kasih kepada Malaysia yang menderma untuk membantu meringankan bebanan hidup mereka.
"Sebaknya lihat wajah-wajah mereka ini. Mereka dalam keadaan serba serbi kekurangan, sedangkan dahulu mereka ada rumah, hidup selesa.
"Sekelip mata perlu tinggal dalam khemah, makan pakai semua kurang, dan masa ini, sementara ibu-ibu mereka mengambil ubat untuk mereka sekeluarga, mereka boleh lagi mengukir senyum tawa dengan kami menandakan betapa bersyukurnya mereka dengan bantuan daripada Malaysia!" kongsi Heliza.
Heliza turut mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia, negara-negara jiran yang sangat menyokong dan membantu #RescueSyria.
Menurut Heliza lagi, mereka masih memerlukan RM3 juta untuk membantu rakyat Syria ini.
Jika anda ingin membantu, anda boleh menyalurkan sumbangan anda menerusi Maybank Islamic SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM) Akaun No : 562834636987 atau layari www.tabungsyria.com
Kredit Gambar: Instagram
#Heliza Helmi #Tabung Syria