Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dulu Nafi, Sekarang Dinner Bersama… Netizen Kesal Shuib ‘Sorok’ Hubungan Dengan Wanita Bernama Watie?

Izwan Isa
09/11/2022 21:50 MYT

Nama individu bernama Watie sekali lagi meniti di bibir netizen selepas wanita itu didakwa keluar makan bersama Shuib Sepahtu dan anak-anaknya baru-baru ini.

Sungguhpun tiada gambar berdua diambil bersama, namun, kelibat wanita itu yang mengambil gambar Shuib dan anak-anak dapat dilihat oleh netizen.

Meninjau ruangan komen di Instagram Shuib, ramai yang memberikan reaksi positif seandainya Watie dan Shuib kini sedang menjalinkan hubungan.

“Korang… dorang tak sorok pun. Ingat Shuib tak perasan ke reflect kat cermin tu? And story dorang sama. Kalau sorok dorang takkan post same time punya.

“Let them be happy la. Cuma mugkin selagi belum halal sebetulnya dorang tak nak beriya. That’s all. Please la jadi netizen yang bersih sikit hati tu,” katanya.

Sementara itu, menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh Watie, ramai dalam kalangan pengikutnya memberikan komen terarah kepada spekulasi hubungan bersama Shuib.

“Tolong jagakan anak-anak Shuib tu ya. Lagi-lagi anak yang sulung tu sedih. Yang baby mungkin masih tak tahu apa-apa.”

“Takkan biasa-biasa hubungan kalau dah dinner gitu. Cuma kesal Shuib nafikan haritu… alahai Shuib pun. Semoga ke langkah seterusnya.”

Terdahulu, Shuib pernah dikaitkan dengan Watie selepas suara lelaki mirip suara Shuib kedengaran dalam video yang dimuat naik oleh wanita itu sewaktu dia sedang bermain golf.

Menerusi tarikh perkongsian, video berkenaan dimuat naik pada 12 April 2019.

BACA: “Benda Ni Kelakar Sangat… Tak Baik Untuk Saya, Tak Baik Untuk Sarah” - Shuib Nafi Pernah Ada Hubungan Dengan Wanita Bernama Watie

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Shuib SepahTu #Watie
;