“Dulu Nak Kahwin Atas Kapal..” - Uyaina Arshad, Raja Syahiran Idam Majlis Perkahwinan Ringkas & Intim
Azwa Rahman
25/11/2021 08:55 MYT
25/11/2021 08:55 MYT
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mengakui masih di dalam proses perbincangan bagi memilih tarikh perkahwinan yang sesuai memandangkan musim pandemik kini.
Menurut Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, dia dan Raja Syahiran mahukan sebuah majlis yang ringkas dan intim untuk meraikan cinta mereka bersama para tetamu jemputan.
“Saya happy sebenarnya bila tengok ramai rakan selebriti mendirikan rumah tangga, mungkin ramai yang postponed kahwin sebab PKP, lockdown semua, saya dan Syahiran sendiri pun memang menuju ke arah menghalalkan hubungan. Insya-Allah nanti apabila sudah ditentukan tarikhnya, ada perancangan yang detail, saya akan beritahu.
“Kalau dulu orang tanya perkahwinan idaman, saya nak kahwin atas kapal, benda-benda yang macam extravagant. Tapi bila dah semakin matang, makin dewasa, saya nak wedding yang simple, intimate, dan waktu pandemik ni inilah yang terbaik.
“Persiapan tu ada la jugak terutamanya bila kita melibatkan keluarga kan. Keluarga dah tahu kita berkawan, kita pun bukannya makin lama makin muda, kita perempuan pun ada biological clock kita sendiri.
“Persiapan tu memang ada, cuma dalam waktu yang bagaimana, keadaan majlis yang bagaimana, itu akan dibincangkan. Tarikh pun kita masih pilih-pilih sebab semuanya bergantung pada keadaan,” ujarnya ketika ditemui Gempak.
Uyaina ditemui ketika majlis sidang media dan tayangan perdana filem lakonannya, Siapa Tutup Lampu bertempat di TGV One Utama, Petaling Jaya pada Isnin.
Tambah Uyaina, membawakan watak Azie di dalam filem seram tersebut, melakonkan beberapa babak di dalam bilik mayat dengan waktu penggambaran yang panjang menjadi antara cabaran buatnya.
“Saya nak bagitau mak pun nak shoot dalam bilik mayat, sebab kalau bagitau memang dia tak akan bagi punya.
“Alhamdulillah takde kejadian yang menakutkan berlaku. Mungkin sebab babak pun shoot ramai-ramai kot, kalau sorang memang saya tak akan masuk, saya sendiri penakut,” jelasnya lagi.
Selain Uyaina, filem Siapa Tutup Lampu dibintangi Azizul Ammar, Naim Daniel, Ismi Melinda, Azhar Jalil dan dibantu oleh Afieq Shazwan, Mark O’Dea, Melissa Campbell serta Geoff Andre Feyaerts.
Diarahkan oleh Aliff Ihsan Rahman, filem seram komedi ini sudah mula ditayangkan di saluran Astro First (480).