HIBURAN
“Dulu Panggil Ipan, Tapi Dekat New Zealand Abang Long Panggil Saya Adik, Saya Amiin Je” – Irfan Harris
Penyanyi dan pelakon, Irfan Harris tidak dapat menyembunyikan rasa teruja apabila berpeluang membintangi sebuah projek lakonan bersama kakaknya, Amira Othman, dan pelakon, Fattah Amin, baru-baru ini.
Menurut Irfan, pengalaman berada di lokasi penggambaran di New Zealand bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi memori indah apabila Fattah mula memanggilnya dengan gelaran lebih mesra.
“Kak Ya (Amira Othman) panggil saya adik. Dulu Abang Long (Fattah Amin) panggil saya Ipan tapi sepanjang saya dekat New Zealand, dia panggil saya adik. Hihi. Dalam hati saya amiin.”@cikindah911 Korang letak caption sndri laa ekk 😆😆 #irfanharis #fattmira #fattahamin #amiraothman ♬ original sound - Indah
Irfan turut menyifatkan peluang berlakon bersama ahli keluarga sendiri dan pelakon hebat seperti Datin Paduka Umie Aida sebagai pengalaman yang sangat bermakna dalam perjalanan seninya.
“Saya rasa pengalaman yang sangat seronok dapat berlakon dengan kakak sendiri, dengan Fattah Amin, Kak Umie Aida. Dulu saya takut dengan Kak Umie sebab nampak macam garang tapi sebenarnya dia sempoi sahaja,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa terhibur dan tidak kurang juga yang tersentuh melihat hubungan akrab antara Irfan, Amira dan Fattah.
“Sepanjang adik bercerita ni aunty senyum jeeee.
“Mesti dia orang paling bahagia kalau kak dia kahwin dengan Fattah… sebab nampak sangat dia betul-betul happy,” komen beberapa netizen.
Must-Watch Video