Hiburan

"Dulu Selalu Tengok Dia Naik Bas Sekolah Je" - Siapa Sangka Bakal Suami Sasha Saidin Crush Zaman Sekolah

gempak
Amri Hassan
27/11/2019
08:29 MYT
Sponsor Banner
"Dulu Selalu Tengok Dia Naik Bas Sekolah Je" - Siapa Sangka Bakal Suami Sasha Saidin Crush Zaman Sekolah
Jodoh itu rahsia Allah, sama seperti kisah cinta Sasha Saidin, 43, dan bakal suaminya yang pada asalnya pernah mengenali satu sama lain ketika zaman persekolahan lagi.
Namun, siapa sangka mereka bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada awal tahun 2020 nanti.
"Kami tidaklah kenal satu sama lain dengan rapat pun, sehinggalah tahun ini. Saya kenal dia sejak dari zaman sekolah lagi sebenarnya, dia di sekolah lelaki dan saya sekolah perempuan.
"Selalu nampak dia naik bas sekolah dan kenal dia pun daripada kawan saya juga.
"Dia kacukan Melayu-Arab dan kini menetap di Dubai untuk bekerja di sana. Jadi kami hanya akan berjumpa apabila dia pulang ke sini atau saya ke sana sahaja. Long distance relationship memang susah," kongsi Sasha kepada Gempak.
Lelaki yang enggan didedahkan wajah dan diperkenalkan namanya itu tambah Sasha merupakan bapa tunggal dua anak.
"Dunia dia dan saya berbeza, pada mulanya apabila kisah saya bakal berkahwin tersebar dia terkejut. Macam culture shock sikit!
"Jadi, saya tenangkan dia, biar saya yang uruskan soal ini.
"Sama seperti gambarnya, saya fikir lebih baik untuk tidak didedahkan tanpa pengetahuannya atau apabila sampai waktu yang sesuai kelak," tambah Sasha.
Berkongsi lebih lanjut perihal persiapan menjelang hari bahagianya, kata anggota kumpulan Elite itu hampir 50 peratus sudah disiapkan.
"Perkahwinan ini bukan perkahwinan pertama kami berdua, jadi ia akan menjadi majlis yang sangat ringkas dan intimasi antara keluarga sahaja.
"Pada mulanya saya nak bernikah di pejabat kadi sahaja tetapi apabila berita ini tersebar ramai kawan-kawan lama menghubungi saya untuk memberikan bantuan serba sedikit daripada segi lokasi dan sebagainya. Sampaikan saya menangis terharu...
"Jadi, majlis pernikahan kami nanti akan berlangsung di sebuah ruang acara di Kuala Lumpur," kata Sasha.
Mengikut perancangan, Sasha bakal berpindah ke negara tersebut selepas sah diijabkabul.
Sasha sebelum ini pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003 namun bercerai empat tahun kemudian.
Pada 2007, Sasha berkahwin dengan warganegara Indonesia, Salyo Priyanto dan bercerai pada 2012. Hasil perkahwinan itu, Sasha dikurniakan seorang cahaya mata, Adam Aryasenna Notosoemarsono, 10.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live