Laman Utama

Dulu & Selamanya, Aliff Syukri Rupanya Peminat Kumpulan Inteam - “Saya Berangan Nak Jadi Artis Nasyid..”

Azwa Rahman
14/02/2022
05:05 MYT
Usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dia sebenarnya bercita-cita menjadi seorang penyanyi nasyid dan meminati kumpulan Inteam.
Menurut Aliff, dia menjadikan kumpulan Inteam sebagai idola sejak usianya mencecah 15 tahun.
“Masa ni saya baru 15 tahun, cepat ye masa berlalu dulu saya berangan nak jadi artis nasyid hahaha.
“Hanya kenangan ketika ini saya sekolah pondok di Pasir Tumboh Kelantan. Dulu dan kini saya peminat setia @official_inteam. Nak tengok versi tua saya slide pic ni,” tulisnya.
Dalam pada itu, Aliff turut berkongsi foto bersama kumpulan Inteam sewaktu di zaman persekolahannya serta momen terkini bersama anggotanya, Muhamamd Hazamin, Mohd Syahril, Abdul Rahim serta Hisyam Ahmad di laman Instagram miliknya.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikutnya teruja melihat wajah dan penampilan Aliff sewaktu berusia 15 tahun.
“Datuk berserban masa muda dan nampak auranya,” komen seorang wargamaya.
“Ssmakin berumur semakin hensem datuk ni,” puji seorang wargamaya.
“Samalah kita pun peminat Inteam juga. 15 tahun? Eh sebaya,” ujar seorang wargamaya.
“Hamboi 15 tahun baru tapi tingginya,” kata seorang wargamaya.
“Datuk yang berdiri di belakang Suhaimi Saad,” tulis seorang wargamaya.
“Serban merah muda berdiri baju jubah coklat tu.. muka bujur sireh urat nelintang tu lah Datuk,” usik seorang yang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 3,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bekas Pembantu Peribadi Aliff Syukri Tak Mampu Upah Peguam - "Saya Tak Ada Wang Ringgit, Tapi Saya Ada Allah"

gempak
26/06/2024
00:45 MYT
Bekas pembantu kepada usahawan selebriti terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Melati Abdul Ghani akan meneruskan perjuangan biarpun tanpa bantuan peguam.
Viral

Masih Degil & Ego, Aliff Syukri Enggan Beri Peluang Lagi Pada Bekas Pembantu Peribadi - "Sekarang Baru Sedar Langit Tinggi Atau Rendah"

gempak
25/06/2024
09:11 MYT
Baru sahaja menang kes saman fitnah terhadap bekas pembantu peribadinya, Melati Abdul Ghani, usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri kali ini memuat naik hantaran meluahkan perasaannya berhubung permasalahan itu.
Hiburan

Jual Durian RM8 Sekilo, Netizen Puji Sikap Pemurah Aliff Syukri! - "Perangai Walau Kadang Mak Sendiri Tak Boleh Faham, Tapi Dia Bersedekah"

gempak
19/06/2024
13:55 MYT
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menerima pujian netizen apabila dirinya menjual durian dengan harga hanya RM8 sekilogram.
Viral

Saran Angkat Call Boss Luar Waktu Kerja, Ramai Tak Setuju Dengan Aliff Syukri - “Kena Ingat, Pekerja Pun Nak Juga Waktu Rehat”

gempak
16/06/2024
08:00 MYT
Saranan usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri berkenaan pekerja harus sentiasa bersedia menerima panggilan daripada majikan ketika di luar waktu bekerja nampaknya tidak dipersetujui netizen.
Viral

Bagasi Tak Lepas Kaunter Check-In, Aliff Syukri Rugi Ribuan Ringgit Disebabkan Urusan Bisnes Luar Negara Tergendala

gempak
03/06/2024
04:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff berkata, daripada 10 bagasi yang dibawa untuk didaftar masuk, namun, hanya lapan sahaja yang berjaya diproses.