Dulu Suami Marah 'Main' Media Sosial, Sekarang Siap Hadiahkan Telefon Harga RM7,000 - Bertuahnya Mak Aliff Syukri!

ZULHILMI JALIL
Disember 9, 2020 06:56 MYT
Usahawan Rozita Ibrahim mengakui terkejut apabila suaminya sanggup menghadiahkan sebuah telefon pintar mahal sehingga mencecah harga RM7,000.
Hal ini kerana, kata Rozita yang juga ibu kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, suaminya dulu cukup menentang penggunaan media sosial yang banyak diakses menggunakan telefon.
"Suami hadiahkan iPhone 12, terkejut saya sebab dulu suami sangat marah saya belajar media sosial atau belajar edit video.
"RM7,000 lebih harganya sebab memori besar entah apa ke benda saya tak faham. Kata suami, saya guna banyak memori dan laju sesuai kerja-kerja saya yang banyak.
"Suami tempah awal supaya biarlah dia orang yang mendahului belikan untuk saya pakai sebab dia tahu saya sangat menggunakan telefon untuk kerja," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.
Bahkan, kata Rozita, suami dan anaknya juga seolah-olah berlumba-lumba untuk memberikan telefon pintar edisi terkini itu.
"Lucunya tahun ini dua lelaki istimewa dalam hidup saya, suami dan Kri (panggilan Aliff Syukri) berlumba bagi iPhone 12!
"Kri kata 'alah mak saya dah tempah juga untuk mak, macam mana ni.
"Wahai lelaki kiriman Tuhan terima kasih atas perhatian kamu semua pada saya sebagai isteri dan sebagai mak ya Kri," katanya.
Dalam pada itu, Rozita mengakui banyak menggunakan telefon bimbit untuk mengakses media sosial bagi tujuan perniagaan.
"Saya balas direct message (DM) dan mesej peribadi sendiri. Tak ada staf yang bantu pun.
"Saya yang uruskan bahagian media @deratubutik @jrm.official @rumah.terapi.alam dan akaun personal Instagram, Facebook @bondarozitaibrahim," katanya yang mempunyai lebih 1.4 juta pengikut di Instagram.
#Suami #Media Sosial #Aliff Syukri #Telefon #Iphone #Rozita Ibrahim