,
Laman Utama

“Dulu Tak Mampu Nak Buat Wedding..” - Alif Teega & Aisyah Hijanah Bersanding Selepas 4 Tahun Nikah

Azwa Rahman
28/01/2022
10:35 MYT

Personaliti media sosial Alif Teega meluahkan rasa bersyukur dapat meraikan majlis bersanding bersama isterinya, Aisyah Hijanah selepas empat tahun bernikah.

Menurut Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani, dia dan isteri tidak berkesempatan mengadakan majlis bersanding selepas bernikah pada tahun 2018 kerana kekangan wang.
Jelas Alif, oleh kerana kini mereka sekeluarga dikurniakan rezeki yang lebih, itulah sebabnya pasangan tersebut meraikan hari bahagia mereka pada Khamis.
Menerusi laman sosial Instagram, Alif berkongsi foto bersandingan mereka untuk tatapan umum.
“Lepas 4 tahun nikah dulu tak mampu nak buat wedding. Semuanya umi Aisyah yang buat. Rasa bersalah tak dapat nak tolong apa-apa. Masa tu Alif student lagi. So tak ada duit sangat. Buat Grab je masa tu. Habis kelas buat Grab, alhamdulillah rezeki halal.
“Sekarang ni alhamdulillah dilimpahkan dengan rezeki Allah. Selepas 4 tahun nikah, bersabar sikit baru bersanding. Baru buat walimah. Risau juga orang kata apa-apa.
“Tapi walimah ni benda baik. Berkongsi rezeki dengan ramai orang. Bagi makan orang ni besar pahala. Tak salah pun nak buat walau dah 10 tahun nikah,” jelas Alif di ruangan kapsyen.
Bukan itu sahaja, dia yang sering melihat pasangan lain segak berjaya diraikan menjadi raja sehari, terdetik juga hati untuk merasa.
“Sebenarnya geram juga tengok orang lain punya wedding cantik. Kita tak merasa. Nak juga merasakan. Ada gambar boleh simpan sebagai kenangan seumur hidup.
“Tapi dalam hati, ish ada ke orang nak datang dah 4 tahun nikah ni. Tapi subhanallah, ramai meriah dan berkat sungguh. Alhamdulillah, doakan untuk Alif, Aisyah dan Deejah ya,” pinta Alif lagi.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya berkongsi rasa teruja apabila melihat pasangan tersebut dapat bersanding biarpun selepas empat tahun dan dengan kehadiran seorang cahaya mata.
“Bestnya Dijah dapat tengok mak ayah dia kahwin,” ujar seorang wargamaya.
“Alhamdulillah tahniah. Semoga Allah berkati rumah tangga kalian, ameen,” doa seorang wargamaya.
“Semoga berbahagia dunia akhirat. Untung Khadijah dapat merasa datang walimah mak ayah sendiri,” ujar seorang wargamaya.
“Masyallah cantiknya Aisyah. Semoga Aisyah dan Alif kekal sampai jannah,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 62,000 tanda suka daripada wargamaya.
Sekadar info, pasangan yang bernikah pada tahun 2018 ini dikurniakan seorang anak perempuan, Khadijah Hijanah pada 13 Januari 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Salah Guna Wang Infak: Alif Teega Kekal Pengakuan Tidak Bersalah

gempak
24/10/2024
00:50 MYT
Pempengaruh media sosial, Mohd Hazalif Mohd Hazani, atau lebih dikenali sebagai Alif Teega pada Rabu mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan menyalah guna lebih RM60,000 wang yang diperoleh daripada kutipan program infak tahun ini.
Viral

Enam Tahun Berkahwin, Aisyah Hijanah Kongsi Tips Bermadu - “Memang Susah…”

gempak
21/10/2024
04:25 MYT
Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah berkongsi caranya menguruskan diri apabila suaminya, Alif Teega tiada di rumah.
Berita

Berdepan 10 Pertuduhan, Alif Teega & Aisyah Hijanah Tak Mengaku Salah Guna Dana Awam

gempak
23/09/2024
02:51 MYT
Pempengaruh Alif Teega dan isteri, Aisyah Hijanah mengaku tidak bersalah atas dakwaan salah guna dana awam.
Viral

Isteri Didakwa Fail Cerai & Berdepan Pula Dua Pertuduhan, Alif Teega Pilih Untuk ‘Kunci Mulut’

gempak
20/09/2024
06:55 MYT
Pempengaruh Alif Teega yang didakwa atas dua pertuduhan menyalahguna wang infaq hanya membisu ketika diajukan soalan selepas selesai perbicaraannya di Mahkamah Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Viral

Hadir Bersama Alif Teega Di Mahkamah, Ini Respons Aisyah Hijanah Bila Ditanya Soal Perceraian…

gempak
20/09/2024
03:55 MYT
Kehadiran isteri kepada pempengaruh media sosial, Alif Teega iaitu Aisyah Hijanah menemani suaminya di Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat mengundang pelbagai reaksi netizen.
Unitar