Berita

“Dunia Ibarat Terhenti Seketika…”- Sambut Birthday Pertama Anak, Dr. Say Imbau Detik Cemas Ketika Isterinya Bersalin

gempak
Syafiqah Jalal
06/05/2020
07:34 MYT
Sponsor Banner
“Dunia Ibarat Terhenti Seketika…”- Sambut Birthday Pertama Anak, Dr. Say Imbau Detik Cemas Ketika Isterinya Bersalin
Pengacara Tanya Doktor, Dr. Say Shahzril mengimbau kembali kenangan saat putera sulungnya Aezriel atau nama panggilan manjanya Ace dilahirkan sempena menyambut ulang tahun pertama anaknya.
Menurut Dr. Say situasi ketika itu mencemaskan apabila isterinya sudah pun dimasukkan ke hospital untuk melahirkan anak mereka sedangkan dia masih di set penggambaran suatu iklan televisyen.
“Ingat lagi 5.5.2019 daddy tengah shooting iklan Vitagen tiba-tiba mommy call dalam pukul 9 pagi dengan cemas “ubby air ketuban I pecah!”, terduduk daddy dibuatnya. Daddy mula gelisah, yelah ayah mana kat dunia ni yang tak nak melihat atau menyambut kelahiran anaknya dah lah daddy shooting baru suku jalan. Mujur mommy di rumah nenek maka nenek bawak mommy gi hospital sementara daddy dengan professionalnya (dan kalutnya) cuba habiskan shooting.
“Pukul 12 tengah hari mommy call sekali lagi kali ni dengan tangisan “ubby you tak habis lagi ke? CTG (denyutan jantung baby) dropped, I kena push untuk pembedahan (untuk menyelamatkan bayi daripada terus lemas).
“Kali ni pandangan & pemikiran daddy blank, dunia ibarat terhenti seketika, meraung daddy dalam hati sebab ini bukan seperti apa yang daddy jangkakan. Daddy jangka daddy dapat lihat mommy melahirkan Ace, daddy jangka daddy dapat terus dakap Ace bila Ace lahir ke dunia ni,” tulisnya.
Dr. Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto ketika menyambut ulang tahun pertama Ace serta hari pertama dakap anaknya itu.
Kata Dr. Say dia tidak dapat melihat proses kelahiran bayinya kerana setibanya di hospital, Ace selamat dilahirkan.
“Tup tap shooting habis pukul 12.30 tengah hari. Pecut daddy dari Sungai Buloh ke SJMC. Terus daddy meluru ke bilik pembedahan, kelihatan mommy dah selesai pembedahan. Daddy masuk penuh dengan rasa kekesalan. Mommy maafkan daddy (lepas ceramah & taklimat sikit). Tapi Ace tak kelihatan, daddy risau kembali. Rupa-rupanya Ace dah dihantar ke nursing room. Daddy pimpin mommy naik ke ward. Terus daddy minta dengan staf nurse nak jumpa Ace.
“Ace lahir 1.18 petang. Daddy dakap Ace. Tak pernah dalam pandangan daddy melihat seseorang seindah Ace. Ace tengah tidur, muka merah-merah, pipi montel. Daddy azankan Ace, sayang pipi Ace, selfie dengan Ace & pulangkan ke staf nurse.
“Fast foward lepas meroyan teman mommy berpantang, berkali-kali di maki mommy akibat kecuaian, harini Ace genap setahun. Walaupun Ace tak sayang daddy macam Ace sayang mommy, percayalah tak pernah sehari pun Ace tidak ada dalam pemikiran daddy. I love you so much my son. Happy birthday again to you,” ceritanya lagi.
Dr. Say dan isterinya, Dr. Azura berkahwin pada 30 Mac 2014 dan mereka menimang cahaya mata pertama pada 5 Mei tahun lalu.
Topik : Happy 1st Birthday My Boy Ingat lagi 5.5.2019 daddy tengah shooting iklan Vitagen tiba-tiba mommy call dalam pukul 9 pagi dengan cemas “ubby air ketuban i pecah!”, terduduk daddy dibuatnya. Daddy mula gelisah, yelah ayah mana kat dunia ni yg taknak melihat atau menyambut kelahiran anaknya dahla daddy shooting baru suku jalan. Mujur mommy di rumah nenek maka nenek bawak mommy gi hospital sementara daddy dengan professionalnya (dan kalutnya) cuba habiskan shooting. Pukul 12 tengah hari mommy call sekali lagi kali ni dengan tangisan “ubby u tak habis lagi ke? CTG (denyutan jantung baby) dropped, i kena push untuk cesar (untuk menyelamatkan bayi daripada terus lemas)”. Kali ni pandangan & pemikiran daddy blank, dunia ibarat terhenti seketika, meraung daddy dalam hati sebab ini bukan seperti apa yg daddy jangkakan. Daddy jangka daddy dapat lihat mommy melahirkan Ace, daddy jangka daddy dapat terus dakap Ace bila Ace lahir ke dunia ni. Tup tap shooting habis pukul 12.30 tengah hari. Pecut daddy dari Sungai Buloh ke SJMC. Terus daddy meluru ke bilik pembedahan, kelihatan mommy dah selesai cesar. Daddy masuk penuh dengan rasa kekesalan. Mommy maafkan daddy (lepas ceramah & taklimat sikit). Tapi Ace tak kelihatan, daddy risau kembali. Rupa2nya Ace dah dihantar ke nursing room. Daddy pimpin katil mommy naik ke ward. Terus daddy minta dgn staf nurse nak jumpa Ace. Ace lahir 1.18 petang. Daddy dakap Ace. Tak pernah dalam pandangan daddy melihat seseorang seindah Ace. Ace tengah tidur, muka merah2, pipi montel. Daddy azankan Ace, sayang pipi Ace, selfie dengan Ace & pulangkan ke staf nurse. Fast foward lepas meroyan teman mommy berpantang, berkali2 di maki mommy akibat kecuaian, harini Ace genap setahun. Walaupun Ace tak sayang daddy macam Ace sayang mommy, percayalah tak pernah sehari pun Ace tidak ada dalam pemikiran daddy. I love u so much my son. Happy birthday again to u.
A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live