Viral
"Dunia Tak Hairan Pun Pasal Nasi Lemak, Jadi Makan Je Diam-Diam" - Tony Eusoff
Pelakon Tony Eusoff punyai pandangan sendiri mengenai isu viral komen negatif berhubung nasi lemak yang dihidangkan di dalam sebuah pesawat antarabangsa.
Kata Tony, orang ramai tidak sepatutnya naik angin apabila ada yang mengkritik hidangan tertentu.
"Yang marah-marah pasal nasi lemak yang disediakan dalam penerbangan itu, anda sepatutnya fikirkan masalah sendiri terlebih dahulu.
"Pertamanya, memang hidangan itu nampak tidak menyelerakan pun.
"Kedua, 99.98 peratus populasi dunia tidak hairan pun pasal nasi lemak. Jadi, bertenang dan makan nasi lemak anda diam-diam," tulisnya menerusi ruangan Twitter pagi tadi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kenyataan Tony dipersetujui kebanyakan warganet yang menganggap isu makanan dikritik sudah biasa terjadi sebelum ini.
"Dah dia tak suka, dia tak sukalah. Macamlah mengkritik makanan tak sedap ini isu baru," tulis salah seorang pengguna.
Semalam tular di Twitter apabila seorang wartawan Katie Morley menyatakan pandangannya mengenai nasi lemak yang dihidangkan di dalam pesawat British Airways (BA).
Kata Morley yang memberi rating 0/10, hidangan itu antara makanan paling teruk yang dinikmatinya dalam pesawat.
Namun, wartawan The Telegraph itu telah membuat permohonan maaf berhubung kenyataannya yang mengguris hati kebanyakan pihak.