Laman Utama
Dunki Sarat Emosi, Jangan Tengok Kalau Tak Ready Nangis!
Isu tentang imigran haram dan suaka jarang diangkat untuk layar perak terutamanya di industri Bollywood.
Menjadikan perjalanan untuk mengubah hidup keluarga dengan 'berhijrah' ke negara Eropah dari India, Dunki sebuah naskhah yang harus diberikan perhatian.
Meletakkan Shah Rukh Khan sebagai tunjang utamanya, filem ini secara asasnya sudah berdiri kukuh! Namun, lakonan Taapsee Pannu, Vikram Kochhar, Anil Grover dan Vicky Kaushal menghidupkan keseluruhan perjalanan cerita Dunki.
Seperkara yang perlu korang sedia sebelum masuk ke panggung menyaksikan filem ini; emosi - adakalanya boleh buat kalian tergelak dan tak mustahil juga menangis.
Jom, Gempak kongsikan sebab kenapa korang perlu tonton filem Dunki!
1. Apa itu Dunki?
Dunki diambil daripada perkataan Punjabi yang bermaksud melompat dari satu tempat ke tempat lain atau boleh ditafsirkan juga sebagai 'laluan keldai'.Kenapa? Kerana laluan yang dipilih oleh imigran haram untuk masuk ke tanah Eropah sangat berbahaya dan boleh berakhir dengan kematian!
Filem ini membawa penonton melalui perjalanan Hardy Sukhdev Singh Dhillon, Manu Randhawa, Balindar Lakhanpal, Balli Kakkad dan Sukhi Mangal ke London untuk mencari kehidupan lebih baik namun tidak mampu memiliki visa.
Hardy, Manu dan Buggu memilih laluan Dunki hingga sampai ke London namun ada sesuatu yang berlaku hingga memisahkan mereka.
2. Lagu-lagu best!
Tak lengkaplah filem Bollywood tanpa iringan melodi dan lirik yang indah. Melatari Dunki, soundtrak filem dihasilkan oleh Pritam berjaya meneroka pelbagai emosi dengan lebih mendalam.Lutt Putt Gaya dan O Maahi antara dua lagu yang paling best dalam Dunki.
3. Sinematografi awesome!
Filem Dunki memulakan penggambaran pada April 2022 selama 75 hari dan menyaksikan beberapa lokasi di India dan luar negara menjadi pilihan.Antaranya Mumbai, Jabalpur, Kashmir, Budapest, London, Jeddah dan Neom.
4. Pengarah sama filem 3 Idiots & PK
Ini merupakan kolaborasi sulung Shah Rukh Khan dan pengarah Rajkumar Hirani yang sebelum ini pernah menghasilkan sentuhan magis untuk PK dan 3 Idiots.Biar ada yang mengkritik, filem ini berjaya menyampaikan mesej dan emosi yang hebat. Elemen persahabatan, romantik, sedih dan sayu disebatikan dengan adil dan menarik.
5. Sediakan tisu!
Tak mahu cakap lebih, tunggu sampai habis filem.Must-Watch Video