Laman Utama

Dwayne Johnson Mandi 3 Kali Seharii, Setiap Mandian Guna Air Berbeza Beza

gempak
Maliah Surip
10/08/2021
14:50 MYT
Sponsor Banner
Dwayne Johnson Mandi 3 Kali Seharii, Setiap Mandian Guna Air Berbeza Beza
Aktor Dwayne Johnson baru baru ini mencuit di Twitternya mengenai tabiat mandi.
Berbeza dengan pengakuan pasangan suami isteri Ashton Kutcher dan Mila Kunis yang mengatakan mereka dan anak anak hanya mandi bila perlu, bintang berusia 49 tahun tersebut mengaku dirinya tergolong dalam golongan orang yang suka mandi.
"Tidak, saya adalah berbeza dengan golongan selebriti yang tak membersihkan diri mereka (mandi)," cuitnya di Twitter hujung minggu lalu.
Johnson kemudian mendakwa dia mandi tiga kali sehari. Lebih daripada itu, dia juga mandi dengan suhu air yang berbeza beza.
"Saya mandi air sejuk sewaktu bangun pagi untuk memulai hari. Kemudian mandi air suam selepas bersenam sebelum keluar bekerja.
"Dan saya akan mandi air panas selepas pulang dari kerja," katanya lagi seperti dilaporkan People.
Selain daripada mandi tiga kali sehari, aktor yang terkenal dengan panggilan The Rock itu juga melakukan rutin cuci muka, membersihkan kulit mati termasuk menikmati nyanyian sendiri yang sumbang sewaktu berada dalam bilik air.
Sebelum ini pengakuan Kutcher dan istrinya, Mila Kunis mengenai hanya membersihkan anak anak apabila mereka kotor dan mandi bila perlu sempat menjadi buah mulut.
"Saya tidak memandikan anak saya setiap hari," kata Kunis.
Ternyata bukan mereka sahaja pasangan selebriti yang tidak mementingkan rutin mandi.
Aktor Jake Gyllenhall juga mengakui dirinya termasuk orang yang tidak mandi jika tidak merasa perlu. Namun dia memastikan akan memberus gigi dan menjaga kesehatan mulut.
"Lama-lama saya merasa mandi makin tidak terasa penting, kadang-kadang," katanya kepada Vanity Fair.
Gyllenhall malah mengatakan dia sempat berfikir bahawa tidak mandi juga amat membantu menjaga kulit.
Kredit Foto: Cigar Afigionado
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live