Hiburan

Dynas Nak Beri Motivasi Untuk Orang Bersenam, Tapi Lain Yang Netizen Tengok - “Saya Post Fasal Skipping, Banyak Gila Komen..."

gempak
Asyraf Roslan
18/10/2024
11:55 MYT
Sponsor Banner
Dynas Nak Beri Motivasi Untuk Orang Bersenam, Tapi Lain Yang Netizen Tengok - “Saya Post Fasal Skipping, Banyak Gila Komen..."
Pelakon, Dynas Mokhtar menyatakan rasa tidak puas hati apabila ada sesetengah netizen meninggalkan komen berbaur lucah di videonya yang sedang melakukan senaman.
Menurut pemilik nama Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 41 perkongsian tersebut adalah untuk memberi motivasi kepada orang ramai yang mahu menurunkan berat badan dengan melakukan senaman.
Namun, dia tidak menyangka netizen memberi fokus kepada perkara lain sehingga disalah erti.
“Saya baru je tengok sosial media satu lagi, video yang saya post pasal skipping itu ada banyak gila komen ‘goyang itu,’goyang ini’.
“Saya buat video untuk beri motivasi kepada mereka yang nak turunkan berat badan, dan kenapa benda semua goyang sebab saya gemuk. Jadi saya ingin sampaikan kepada orang luar yang gemuk macam saya supaya insaf,” katanya.
Dynas meluahkan perkara tersebut di platform TikTok miliknya pada Khamis.
Dalam pada itu, Dynas juga meminta kepada netizen untuk mengabaikan konten yang dilakukan jika mereka tidak suka melihat kandungan yang dimuat naik olehnya.
“Video ini saya nak beri motivasi kepada orang ramai, tapi kenapa korang kena tengok benda yang bergoyang.
“Kalau tak suka dengan apa yang korang nampak then move along. Pergilah tengok orang lain punya sosial media,” tambahnya.
@dynasmokhtar_tiktok
Geram!!!!! Sekian luahan hati ku! Positive sahaja pls
♬ original sound - dynasmokhtar_tiktok
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024