Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Dzawin Hilang Dari Industri, Jadi Pengembara Sebab Putus Cinta?

Fiza Kamarudin
20/11/2019 13:30 MYT
Pemenang tempat ketiga Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017, Dzawin Nur Ikram atau Dzawin sudah lama tidak kelihatan di mana-mana program di kaca televisyen.

Gempak difahamkan kehilangan Dzawin adalah disebabkan patah hati kerana ditinggalkan kekasih yang berkahwin dengan teman baiknya sendiri pada awal tahun ini.

Kekecewaan Dzawin turut diluahkan menerusi laman sosial YouTube di saluran miliknya iaitu Dzawin Nur 10 bulan lalu.

Menguatkan lagi dakwaan tersebut, Dzawin turut memuat naik sebuah video yang menggambarkan kekecewaan dirinya.

Menerusi sebuah lagu berjudul ‘Kau Harus Tahu’ – Sebuah Lagu Komedian Patah Hati sehingga kini telah pun ditonton sebanyak 2.6 juta kali.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata yang sudah mendengar lagu tersebut memberitahu lirik dan lagu ciptaan Dzawin itu turut menyentuh hati mereka.

Malah, ramai juga yang kagum mendengar vokal Dzawin dan tidak menyangka pelawak tersebut mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.


Dzawin merupakan peserta solo pertama dari Indonesia yang menyertai pentas MLM dan berada di kedudukan lima terbaik.

Juara program Stand Up Comedy Indonesia (SUCI) 3 ini juga merupakan seorang pelajar pondok yang menceburi bidang lawak.

Kecermelangan Dzawin sebagai satu-satunya peserta solo dari Indonesia yang berjaya sehingga ke pentas final MLM sekaligus membuktikan 'pelajar pondok' berjaya mencuit hati penonton.
#Dzawin #Maharaja Lawak Mega #Maharaja Lawak Mega #MLM2019