Peserta solo Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Dzawin, akui risau dengan bahasa Indonesia yang digunakan sehingga sukar di fahami oleh penonton di Malaysia.
Dzawin atau nama sebenarnya Dzawin Nur Ikram, 26, berkata, dia kini dalam proses memperbaiki cara penyampaiannya dengan menggunakan bahasa Malaysia dengan betul ketika berada di atas pentas MLM 2017.
"Perkara utama yang merisaukan saya adalah penggunaan bahasa ketika melakukan persembahan di atas pentas kerana saya risau jika penonton tidak dapat memahami apa yang disampaikan.
"Jadi saya mengambil pendekatan untuk menonton filem dan drama yang ada di sini supaya dapat belajar bahasa Melayu.
"Selain itu, saya juga akan keluar berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur ini untuk melihat dan mempelajari budaya yang terdapat di negara ini.
"Saya juga akan cuba untuk memperlahankan cara penyampaian lawak yang disampaikan supaya orang lebih faham," katanya kepada Gempak.
Dzawin bersama 11 orang peserta MLM 2017 bakal mempertaruhkan nasib mereka pada malam ini bertemakan ‘Zaman Belajar’.
MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Najip Ali dan Neelofa yang akan mengadili para peserta selama 12 minggu.
MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Rozaimi Zubaidi
Fri Mar 10 2017
Konflik Min Hee Jin & HYBE, Ini Kronologi Yang Anda Perlu Tahu
Ini ringkasannya
Apakah Itu Akaun Fleksibel? Ini Fakta & Cara Pengiraan Akaun Baharu Ahli KWSP
Apa yang anda perlu tahu mengenai Akaun 3 KWSP
Pihak Polis Siasat Isu Paku Dipacakkan Di Bahu Jalan
Pihak polis sedang menyiasat motif kewujudan sembilan paku yang dipacakkan di bahu jalan Persiaran Anggun, Bandar Country Homes.
Hafidz Roshdi Dihina Kerja Sebagai Penghantar Barang? - “Saya Happy Je Kerja…”
Pelakon, Hafidz Roshdi memaklumkan bahawa dia berasa senang bekerja sebagai penghantar barangan (rider) di sebuah syarikat penghantar barangan popular.
Teringin Rasai Pengalaman Percutian Bermusim Paling Best? Melbourne Adalah Jawapannya
Bestnya Melbourne!
Danial scam Isteri | YES TUAN EP 4
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
“Kenapa Sekarang? Kenapa Bukan Masa Kes Khalwat?” Didi Astillah Persoal Permohonan Maaf Ruhainies
Adik kepada Bella Astillah, Didi Astillah turut membuka mulut mengenai kemelut yang melanda kakaknya dan pelakon Ruhainies.
Sedar Berada Di Pihak Yang Salah, Ruhainies Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Bella Astillah
Lama mengunci mulut walaupun namanya hangat diperkatakan sejak ditangkap khalwat bersama suami kepada Bella Astillah, Aliff Aziz, aktres sensasi, Ruhainies tampil memberikan penjelasan.
Isu Individu Terpijak Paku Ketika Jogging, Netizen Syak Si Pelaku Pekerja Bengkel
Seorang individu mengalami kecederaan ketika berlari apabila ada individu lain yang tidak bertanggungjawab bertindak menanam paku di sepanjang jalan Rawang, Selangor pada Sabtu.
Sheriff: 9 Hari Tayangan, Kaut RM28 Juta! Siap Ada Yang Repeat, Tak Bosan Tonton Beberapa Kali
Cayalah Sheriff!