Kisah putus tunang dan tidak jadi bernikah pelakon kelahiran Singapura, Nur Atikah Mohd Suhaime atau Atikah Suhaime sudah menjadi lipatan sejarah.

Kini Atikah sedang bahagia meniti alam percintaan dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh yang dikenalinya sejak pertengahan tahun lalu.

Jika sebelum ini spekulasi Atikah dan Lokman bercinta timbul apabila mereka seringkali berkongsi foto di lokasi, darikh dan masa yang sama di Instagram masing-masing, tapi kini Atikah lebih mudah menulis terus nama Lokman pada gambar yang dikongsinya.

Terbaru, Atikah memuat naik sekeping gambarnya bersama sekotak mawar merah.

"Early vday pressie cause I’ll be away again soon. Thank you. So thoughtful of you @lokmanteh," tulis Atikah sebagai kepsyen pada gambar tersebut.

Early vday pressie cause I’ll be away again soon ?. Thank you. So thoughtful of you ? @lokmanteh

A post shared by Atikah Suhaime ?????? (@therealatikahsuhaime) on


Atikah kini seolah tidak lagi berselindung tentang percintaannya dengan ahli perniagaan tersebut.

Tahun lalu, Atikah mengakui sedang mengenali hati budi Datuk Lokman Teh selepas dia putus tunang dengan penyanyi Awie Rafael pada 14 Mac 2019.