Hiburan
Ebby Yus Anggap Ajak Sahabat Terhebat Dunia Akhirat -" Allah Kirimkan Dia Untuk..."
Pelakon dan pelawak sinior Ebby Yus menyifatkan Ajak Shiro seorang sahabat terhebat hingga sanggup berkorban memberi sebahagian keuntungan perniagaan yang diusahakan walaupun mereka tiada pertalian darah.
BERITA BERKAITAN: Ratu Cantik Jepun, Yuumi Kato Ziarah Ebby Yus
BERITA BERKAITAN: #GempakVideoNews : “Maafkan Saya & Saya Maafkan Semua Orang” - Ebby Yus
Kata Ebby, kemurnian hati dan jasa Ajak itu belum tentu dapat dibalasnya di dunia.
"Ajak memang sahabat terhebat. Sahabat-sahabat lain juga sama hebat. Cuma ini saya katakan khas untuk Ajak.
"Allah kurniakan dia (Ajak), Allah kirimkan dia untuk bantu saya. Memang Ajak terhebat. It sahaja mampu saya katakan. Saya doakan agar sahabat saya Ajak terus berjaya dan bahagia bersama keluarga dunia dan akhirat dan dirahmati hidupnya.
"Teruskan Jak..teruskan dengan cara dan sifat sekarang ini yang suka membantu," katanya kepada Gempak.
Ebby melahirkan rasa itu ketika ditanya Gempak mengenai bantuan yang diberikan pelawak dan penyampai radio, Ajak atau nama sebenarnya, Mohd Hanafi Razak, agar Ebby menguruskan cawangan kedua kedai makan miliknya.
Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 59, berkata, dia sememangnya bersyukur dikelilingi rakan yang mempunyai sifat ikhlas membantu rakan-rakan sepertinya.
Ebby yang tidak menyangka, kesanggupan sahabat seperti Ajak untuk memberi sebahagian keuntungan kepada dirinya menganggap penyampai radio itu mempunyai hati yang benar-benar tulus dalam bersahabat.
"Ya Allah,waktu dia buat kejutan untuk saya menyatakan saya perlu uruskan kedai dia dan akan menerima keuntungan. Saya rasa macam nak menangis. Sebak tidak terkata. Tetapi saya cuba tahan. Saya tak mahu tunjuk pada dia (Ajak) yang saya sedih.
"Secara jujur semua orang disekeliling saya seperti adik beradik,kawan-kawan lain semunya baik-baik dan sangat membantu. Saya betul-betul tidak menyagka sampai tahap ini kebaikan mereka yang saya akan terima
"Bersyukur sangat bila kita dikelilingi orang-orang baik dan hebat," katanya.
Akui Ebby, bukan mudah dikurniakan sahabat yang sanggup susah bersama, malah kebanyakan ditinggalkan rakan saat berada di bawah.
Terbaharu, pelawak dan penyampai radio, Ajak bukan sahaja pernah tampil memberi sumbangan kepada sahabat baiknya itu.
Malah dia juga berbesar hati membantu Ebby dengan mengambilnya untuk menguruskan cawangan kedua kedai makan miliknya serta berkongsi dengan memberi keuntungan atas dasar persahabatan terjalin sejak sekian lama.
Must-Watch Video