Hiburan
Ebby Yus Rindu Zaman Bekerja, Kini Terima Tawaran Ikut Kemampuan Kesihatan - "Ini Semua Punca ..."
Keadaan pelawak Ebby Yus dikhabarkan bertambah baik dan telah mula menerima jemputan sebagai tetamu podcast daripada rakan-rakan artis.
BERITA BERKAITAN:- Ebby Yus Terharu Diberi Peluang Urus Restoran Ajak- “Saya Ingat Ia Satu Gurauan”
BERITA BERKAITAN: Ratu Cantik Jepun, Yuumi Kato Ziarah Ebby Yus
Menurut Ebby walaupun pergerakan agak terbatas, namun keadaan dirinya buat masa ini lebih baik berbanding sebelum ini.
"Alhamdulillah. Nak aktif macam waktu zaman saya sihat memang tak boleh, jadi saya lakukan mana termampu.
"Kalau ada jemputan dari kawan-kawan dan saya rasa badan saya sihat saya akan pergi.
"Satu sebab saya rindu, keduaya saya pergi sebab semangat dari kawan-kawan dan ini jugalah punca rezeki saya," katanya.
Bagaimanapun, kata Ebby dia masih meneruskan rawatan berkala untuk memastikan keadaan kesihatannya tidak memudaratkan sebelum bekerja.
"Alhamdulillah. Insya-Allah sihat sangat itu tidak, cuma sekarang ini saya rasa okey sikit.
"Sekarang ini saya masih dapatkan rawatan susulan seperti biasa, tetapi kalau ada mana-mana tawaran saya dah boleh pergi," ringkas Ebby.
Terdahulu, Ebby Yus telah dimasukkan ke hospital selama 17 hari bagi menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kegagalan buah pinggang.
Disebabkan itu juga Ebby sudah hampir empat bulan tidak dapat bekerja berikutan kesihatannya yang merosot.
Dia juga dikatakan perlu menjalani dialisis darah di hospital sementara waktu dan terpaksa menjalani dialisis air di rumah empat kali sehari dengan setiap sesi mengambil masa 30 minit.
Must-Watch Video