Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ebit Lew Berdepan 11 Pertuduhan Termasuk Gangguan Seksual?

Gempak
18/02/2022 03:56 MYT
Pendakwah terkenal, Ebit Lew, dihadapkan di mahkamah di Tenom, Sabah pada Jumaat, dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.

Ebit Lew, 37, tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, di sini, kira-kira jam 9 pagi dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu lain.

Sementara itu, perkarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal pihak polis sejak awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut dijadualkan akan mengadakan sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit Lew.

Difahamkan, Ebit Lew kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal.

Sumber: Sinar Harian