Laman Utama

Ebit Lew Dan Isteri Sekali Lagi Dipanggil Polis, Bantu Siasatan

gempak
Mya Amri
02/10/2021
01:58 MYT
Sponsor Banner
Ebit Lew Dan Isteri Sekali Lagi Dipanggil Polis, Bantu Siasatan
Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew dan isterinya sekali lagi dipanggil polis semalam untuk membantu siasatan membabitkan gangguan seksual.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya mengesahkan sudah memanggil pendakwah terbabit dan isterinya ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman semalam untuk membantu siasatan.
"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis," katanya seperti dilapor Harian Metro semalam.
Terdahulu, siasatan terhadap Ebit Lew, 37, dilakukan selepas pihak polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.
Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada 19 Ogos lalu, Ebit Lew dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual dikaitkan dengan pendakwah berkenaan.
Bagaimanapun, Ebit Lew ketika ditemui media sebaik selesai memberi keterangan mendakwa dakwaan itu berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live