Hiburan
Ebit Lew Gembira Jumpa Caprice
Penceramah Ustaz Ebit Lew berkongsi rasa gembira bertemu rapper dan usahawan terkenal, Caprice ketika makan tengahari bersama.
Menurut Ebit, meskipun mereka jarang berjumpa, namun hubungan persahabatan bersama Caprice terasa dekat.
"Syukur, makan tengahari bersama Caprice, walau jarang berjumpa tetapi rasa dekat, berbual pasal ummah," tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, Ebit turut mengagumi semangat Caprice yang memperjuangkan kemajuan dan perpaduan ummah menerusi perniagaannya.
"Kagum anak muda yang berniaga niat nak hidupkan ummah, untuk menyatukan masyarakat.
"Begitulah niat setiap anak muda di Malaysia sepatutnya, sampai tak boleh tidur malam nak tolong orang," tulisnya lagi.
Bagi Ebit, jika seseorang itu sering mahu membantu orang lain, maka dia akan diberikan ganjaran rezeki yang melimpah ruah.
"Rahsia rezeki melimpah ruah niat nak tolong orang seramai mungkin, memberi, bila kita memberi kita pasti akan menerima.
"Memberi itulah bahagia, senyuman orang lain bahagia hati kita, saya doakan Caprice terus maju jaya berkat," tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Ebit meninggalkan respon positif.
Mereka seakan gembira melihat Ebit bertemu Caprice, dan pada masa yang sama bersetuju dengan kata-kata pendakwah dan penceramah kesayangan ramai itu.