Ebit Lew Manfaatkan Wang Sumbangan TMJ Bantu Pelajar, Beli 500 Unit Gajet
Asraf Aided
08/02/2021 23:25 MYT
08/02/2021 23:25 MYT
Pendakwah selebriti, Ustaz Ebit Lew menggunakan wang sumbangan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebanyak RM200,000 baru-baru ini untuk membeli 500 unit gajet khas untuk pelajar yang memerlukan bagi proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Ebit berkongsi perkara itu menerusi entri di akaun Facebooknya semalam.
Menurut Ebit, gajet yang berupa tablet itu telah mula diagihkan semalam.
"Doakan ya, terima kasih TMJ. Saya gunakan untuk beli 500 Tab untuk 500 pelajar untuk ke kelas online.
"Hari ini (semalam) kami akan agihkan pada yang memerlukan. Semoga menjadi asbab kebaikan," tulisnya.
Terdahulu, pada 5 Februari, TMJ berkenan menerima kunjungan Ebit dan menyampaikan sumbangan peribadi itu di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.
Selepas pertemuan itu, Ebit meluahkan rasa terharu dan berterima kasih kerana menerima sokongan dan layanan yang sangat baik oleh TMJ.
BACA : Ebit Lew Terharu, TMJ Hadiahkan RM200,000 Untuk Jayakan Misi

Doakan ya. Terima kasih TMJ. Saya gunakan untuk beli 500 Tab untuk 500 pelajar untuk kelas online. Syukur dah sampai. Hari ini kami akan agihkan pada yang memerlukan. Semoga menjadi asbab kebaikan.
Posted by Ebit Lew on Sunday, February 7, 2021