LAMAN UTAMA
Ebit Lew Tunaikan Hasrat Remaja Mati Lemas Ketika Bantu Mangsa Banjir Nak Buat Rumah Untuk Ibu Bapanya
Pendakwah terkenal, Ebit Lew menunaikan hasrat dan impian seorang remaja yang mati lemas ketika membantu mangsa banjir di Kmapung Manjor, Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini.
Menurut Ebit, arwah Mohammad Hakimin Rahim, 20, pernah memasang impian untuk membina rumah untuk keluarganya.
"Cita-cita Hakimin nak buat rumah untuk mak ayahnya. Hari-hari doa. Saya lihat rumah keluarga yang tiada bilik dan tandas kecil diluar.
"Saya hadiahkan tunaikan cita-citanya belikan barang untuk tambah bina dua bilik dan tandas di dalam rumah. Terus belikan barang untuk binaan dan terus bayarkan. Berikan juga sedikit belanja," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.
Terdahulu, Ebit bertandang menziarahi keluarga arwah di Kampung Manjor, Kuala Krai, Kelantan.
"Tadi dengar kisah adik ini kagum sangat. Cita-cita nak jadi polis. Umur baru 20 tahun.
"Maknya sedih sahaja sebab tempat lemas dekat dengan rumah. Sempat ziarah kubur arwah dan berdoa bersama keluarga," ceritanya.
Baru-baru ini, kisah Hakimin yang meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh dari sampan mencuri perhatian ramai.
Mangsa dikatakan kepenatan pengsan ketika mendayung perahu membawa orang kampung pindah ke pusat pemindahan sementara.

Must-Watch Video